Nasihat kepada kerajaan dan PDRM…jangan biarkan institusi DiRaja kita jadi bahan mainan dan hinaan seorang yang bertaraf sampah….
Memalukan seekor kartunis washed out atau pudar duk mempersendakan PM dan institusi Raja kita secara berterusan serta berulang-kali…
Apakah perundangan kita selemah itu? Apakah kita boleh diperlekeh dengan begitu mudah?
Bukankah kesalahan berkaitan 3R adalah sesuatu yang serius?
Sudah tiba masanya tindakan tegas diambil….lebih-lebih lagi dengan sebegini banyak laporan polis telah dibuat setakat ini….
Jangan risau…sampah tu dah takda penyokong…lebih pada syok sendiri…campak aje masuk dalam….
Paling kuat ada sekor dua cai dia buat bising sekejap….Lepas tu semua akan lupa…sebab dia sampah yang takda pengaruh….
Takkan seekor kartunis luput tarikh lebih besar pada institusi DiRaja dan kerajaan kita?
Masa untuk menghantar mesej tegas sudah tiba….-MYNEWSHUB
BERIKUT LAPORAN YANG DIPETIK MYNEWSHUB DARI MDJ

IskandarPuteri – Lebih 50 laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kini dibuat secara meluas di seluruh negeri ini melibatkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia, wakil rakyat, pimpinan masyarakat dan individu perseorangan.
Antara yang tampil membuat laporan polis berkenaan ialah persatuan belia di peringkat negeri serta daerah terdiri daripada Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Majlis Gabungan Belia Mersing dan Majlis Belia OKU Johor.
Turut membuat laporan polis ialah beberapa pertubuhan belia dan kepimpinan kawasan dari Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kluang, Pagoh, Mersing, Muar, Segamat dan Kulai, selain penglibatan wakil-wakil masyarakat di peringkat daerah seperti Mersing, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Labis.
Selain itu, lebih 20 Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor merangkumi kawasan seperti Rengit, Kota Iskandar, Kempas, Larkin, Yong Peng, Bekok dan Semerah turut tampil membuat laporan polis bagi menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu berkenaan.
Kesemua laporan polis tersebut dibuat susulan kenyataan yang dibuat oleh Fahmi Reza yang didakwa bersifat menghasut serta menghina DYAM Pemangku Sultan Johor dan Institusi Diraja Johor, sekali gus mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat khususnya di Johor.
Sehingga kini, lebih 50 laporan polis telah dibuat sebagai tanda solidariti dan kesepakatan masyarakat di negeri ini dalam mempertahankan maruah Institusi Diraja Johor serta menolak sebarang bentuk penghinaan yang boleh menjejaskan keharmonian negeri.


