• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Sabitkan Jimmy Lai Tuduhan Hasutan, Subahat Isu Keselamatan Di Hong Kong

oleh Mohd Arshad
15/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Mahkamah Sabitkan Jimmy Lai Tuduhan Hasutan, Subahat Isu Keselamatan Di Hong Kong
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG: Taikun pro demokrasi Hong Kong, Jimmy Lai, disabitkan kesalahan oleh mahkamah, di sini, hari ini, atas tuduhan `hasutan’ dan `subahat’ dalam perbicaraan keselamatan negara berprofil tinggi, yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan seumur hidup.

Tuduhan terhadap Jimmy, pengasas tabloid berbahasa Cina popular, Apple Daily yang kini ditutup, berkisar mengenai penerbitan akhbar itu, yang menyokong protes pro demokrasi dan mengkritik kepemimpinan Beijing.

Jimmy, 78, juga dituduh bersubahat dengan menggesa sekatan antarabangsa terhadap pegawai China dan Hong Kong.

Pihak pendakwaan berkata, Jimmy adalah dalang di sebalik dua konspirasi untuk meminta negara asing mengenakan “sekatan atau sekatan ekonomi” atau mengambil “aktiviti bermusuhan” terhadap Hong Kong atau China.

Beliau turut didakwa menerbitkan bahan yang dikatakan “membangkitkan tidak puas hati” terhadap kerajaan.

“Tidak syak lagi bahawa (Jimmy) menyimpan marah dan kebenciannya terhadap China selama bertahun-tahun, dan ini jelas dalam artikel beliau.

“Jelas juga kepada kami bahawa defendan pertama ini, sejak dari peringkat awal, lama sebelum Undang-Undang Keselamatan Negara, telah memikirkan apa bentuk tekanan yang boleh digunakan oleh Amerika Syarikat terhadap China,” kata Hakim, Esther Toh kepada mahkamah merujuk kepada Jimmy.

Jimmy yang memakai kardigan hijau muda dan jaket kelabu, kelihatan tenang mendengar keputusan itu dengan tangan bersilang, dan tidak mengeluarkan sebarang kata.

Beliau kini berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Beliau bagaimanapun masih boleh merayu terhadap pertuduhan tersebut.

Beberapa wakil konsular, termasuk dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), dan Perancis, dilihat beratur untuk memasuki mahkamah.

Isteri Jimmy, Teresa, anak lelakinya, Lai Shun-yan, serta veteran kem prodemokrasi Hong Kong, termasuk Kardinal Joseph Zen dan bekas penggubal undang-undang Emily Lau, turut hadir di mahkamah.

BHonline-

Tags: Jimmy Lai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd