• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN sahkan harga ikan naik hingga 30 peratus di pasaran

oleh Mohd Arshad
17/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
KPDN sahkan harga ikan naik hingga 30 peratus di pasaran
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga ikan sehingga 30 peratus di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata ia berikutan permintaan tinggi terhafap bekalan ikan sempena musim tengkujuh pada bulan ini.

“Hasil pemantauan kita, memang terdapat peningkatan harga ikan di pasaran, namun bukan berlaku secara meluas, sebaliknya membabitkan lokasi tertentu.

“Peningkatan harga ikan dikesan tidak melebihi 30 peratus dan kenaikan itu disebabkan permintaan tinggi pada musim tengkujuh, namun jika ada mana-mana pihak termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai maklumat berlaku manipulasi bekalan oleh pemborong serta peniaga, kita sarankan mereka tampil membuat laporan untuk membolehkan siasatan lanjut.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan, sebaliknya ia hanya dilaporkan oleh pihak media,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Walkabout Program Jualan Rahmah (PJR) Monsun, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kenaikan harga ikan di negara ini, bukan berlaku disebabkan musim tengkujuh atau kekurangan hasil tangkapan nelayan saja, tetapi turut berpunca daripada manipulasi pasaran oleh sebahagian pemborong.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, dilaporkan berkata nelayan tetap ke laut mengikut keadaan cuaca, namun pemborong menyimpan bekalan yang banyak sebelum mengeluarkannya ketika stok kurang, menjadi antara punca utama harga melambung.

Katanya, pemborong memborong bekalan ketika musim ikan melimpah dan menyimpannya dalam ‘bilik sejuk’, kemudian mengeluarkannya ketika bekalan pasaran kurang sambil mengambil kesempatan menaikkan harga.

BHonline-

Tags: harga ikanKPDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN

BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN

30/10/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima sembilan aduan berkaitan BUDI MADANI RON95...

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd