• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN

oleh Mohd Arshad
30/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima sembilan aduan berkaitan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak program itu dilaksanakan pada 30 September lalu.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata daripada jumlah itu, hanya tiga aduan di bawah bidang kuasa kementerian iaitu berkaitan dakwaan kekurangan jumlah sukatan isian petrol di pam.

“Sebagai contoh, ada individu mendakwa mengisi minyak kenderaan RM30 tetapi merasakan jumlah liter yang diterima sepatutnya lebih.

“Kita telah pun menghantar pegawai untuk buat semakan dan mendapati pam dispenser di stesen minyak yang diadu masih dalam tempoh tentusah manakala ujian sukatan menunjukkan kuantiti petrol yang dijual adalah tepat,” katanya pada Program Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang Bukit Minyak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jegan berkata kebanyakan aduan itu berpunca daripada tanggapan pengguna semata-mata kerana mereka melihat bacaan pada meter dan tidak meneliti paparan sebenar di pam minyak.

Bagaimanapun, beliau menegaskan KPDN akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan pelaksanaan program BUDI95 berjalan lancar serta melindungi hak pengguna.

Bermula 30 September lalu, BUDI95 diperluas kepada semua 16 juta rakyat Malaysia yang layak dengan sistem pengesahan MyKad dan menerusi program itu, semua rakyat Malaysia yang layak membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.

BHonline–

Tags: BUDI95KPDN
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd