• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!

oleh Mohd Arshad
04/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!
Share on FacebookShare on Twitter

Imigresen Serbu Ketika Rawatan Sedang Berlangsung

Oleh Mynewshub 

Disebalik pintu sebuah kondo mewah di ibu kota, pihak berkuasa akhirnya membongkar operasi sebuah klinik perubatan haram yang dipercayai telah berbulan-bulan menjalankan prosedur estetik tanpa kelulusan.

 

Dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, seorang wanita dipercayai pelanggan ditemui sedang menerima rawatan ketika pegawai memasuki unit berkenaan.

Beberapa dokumen termasuk pasport dan kertas berkaitan pemeriksaan turut diperiksa oleh pegawai bertugas.

 

Lebih mengejutkan, meja rawatan dipenuhi peralatan perubatan seperti gunting, jarum suntikan, picagari, benang jahitan, kapas berdarah dan pelbagai instrumen lain yang sepatutnya hanya digunakan dalam fasiliti berlesen dengan kawalan kebersihan ketat.

 

Klinik yang beroperasi secara rahsia itu dipercayai menawarkan rawatan kecantikan dan prosedur invasif tanpa pemantauan profesional bertauliah, sekali gus membahayakan keselamatan pelanggan.

 

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang mengendalikan pusat tersebut serta rangkaian operasi di sebaliknya.

 

Measat.24

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/isu_semasa.my_video_1764842827445.mp4
Tags: klinik
Share215Tweet134SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan...

Siti Bainun Datang Klinik, Beritahu ‘Anak’ Tersimbah Air Panas – Saksi

Siti Bainun Datang Klinik, Beritahu ‘Anak’ Tersimbah Air Panas – Saksi

21/09/2022
0

Kuala Lumpur : Seorang doktor perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd