Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

PBS Tolak Kerjasama Dengan...

KOTA KINABALU : Penolakan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membentuk kerjasama dengan Parti...

Peneroka Felda Tetap Setia...

KUALA LUMPUR – Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-14  adalah  angan-angan semata berikutan...

Pekerja Asing Bakal Dilindungi...

KEPALA BATAS - Kementerian Sumber Manusia dalam proses membolehkan pekerja asing mendapat perlindungan...

Longkang Tersumbat Punca Banjir...

BAGAN SERAI - Longkang yang tidak dibersih dan tersumbat dikenal pasti sebagai punca...

Siti Bainun Datang Klinik, Beritahu ‘Anak’ Tersimbah Air Panas – Saksi

Kuala Lumpur : Seorang doktor perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali pernah datang ke kliniknya untuk mendapatkan ubat bagi rawatan kecederaan akibat terkena air panas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dr Rashid Khan Khan Mohamad dari Klinik Setapak dan Surgeri berkata, wanita terbabit mendakwa kecederaan itu dialami ‘anaknya’ selain mahu mendapatkan ubat untuk dirinya sendiri.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata, beliau kemudian memberikan beberapa jenis ubat kepada Siti Bainun iaitu tiga tablet dan satu krim.

“Dia (Siti Bainun) datang ke klinik pada 2 Jun 2021 mengadu anaknya tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan nak dapatkan ubat termasuk untuk diri sendiri.

“Untuk Siti Bainun saya memberikan dua jenis tablet iaitu voltaren dan motilium manakala untuk anaknya (Bella) saya berikan combidem cream dan tablet pirton.

“Combidem cream adalah untuk mengurangkan keradangan, kegatalan dan jangkitan kuman manakala tablet motilium untuk masalah angin,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada perbicaraan kes Siti Bainun.

Mengulas lanjut, Dr Rashid berkata, beliau hanya berjumpa dengan Siti Bainun sahaja dan tidak berjumpa dengan Bella serta tidak mengenali remaja itu.

Malah, katanya, beliau juga tidak ditunjukkan gambar kecederaan yang dialami Bella dan hanya memberikan ubat berdasarkan keterangan diberikan wanita itu.


Ketika disoal balas peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun sama ada menjadi amalan doktor memberikan ubat tanpa berjumpa pesakit, Dr Rashid menafikan perkara itu.

Saksi itu berkata, ketika itu klinik berdepan jumlah pesakit yang ramai berikutan pandemik Covid-19 menyebabkan klinik memberikan ubat kepada penjaga atau berdasarkan rekod perubatan sedia ada.

Ditanya peguam bahawa saksi mengetahui atau tidak bahawa Siti Bainun datang ke klinik bersama Bella dan Ina, beliau menjawab tidak tahu.

Peguam turut mencadangkan bahawa Bella resah apabila menunggu lama di dalam klinik sebelum dibawa keluar oleh Ina dan masuk ke dalam kereta, saksi menjawab tidak tahu.

Bagaimanapun, beliau bersetuju kliniknya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang menunggu dan luar klinik, namun rakaman itu tidak diminta oleh pegawai penyiasat polis.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply