• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

oleh Mohd Arshad
15/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan ujian bahasa Inggeris yang direkanya terlalu sukar, lapor The Guardian.

Pelajar perlu lulus peperiksaan yang dikenali sebagai ‘Suneung’ untuk kemasukan ke universiti berprestij.

Namun tahun ini, hanya sekitar tiga peratus daripada calon peperiksaan terbabit memperoleh markah tertinggi dalam ujian bahasa Inggeris.

Ia merekodkan peratusan terendah sejak penilaian mutlak diperkenalkan untuk subjek berkenaan pada 2018.

Pelajar diberi masa 70 minit untuk menjawab 45 soalan.

Antara soalan yang mengundang kritikan adalah calon diminta menilai ahli falsafah politik Immanuel Kant dan Thomas Hobbes serta menganalisis pandangan mereka mengenai undang-undang.

Soalan lain meminta mereka menimbangkan sifat masa dan jam, selain menyoal bagaimana idea kewujudan mungkin diterapkan pada avatar permainan video.

Soalan berkenaan mencetuskan tindak balas yang ketara di sebuah negara di mana peperiksaan diambil begitu serius sehingga jadual penerbangan dihentikan sementara selama 35 minit semasa ujian mendengar bahasa Inggeris bagi mengelakkan sebarang gangguan bunyi.

Sebagai tindak balas, , Ketua Institut Kurikulum dan Penilaian Koread, Oh Seung-keol bertindak meletak jawatan.

Menurut kenyataan institusi itu, Seung-keol berkata, beliau mengambil tanggungjawab sebagai penyedia ujian bahasa Inggeris dan menyifatkan ia tidak selaras dengan prinsip penilaian mutlak.

Beliau turut memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada calon peperiksaan dan ibu bapa mereka, serta menimbulkan kekeliruan dalam proses peperiksaan masuk ke universiti.

Agensi itu mengeluarkan permohonan maaf berasingan, dengan menyatakan pihak mereka mengambil serius kritikan bahawa ujian berkenaan gagal mencapai tahap kesukaran yang sesuai selari matlamat mengurangkan beban akademik pelajar.

Tekanan yang amat besar ke atas pelajar dalam sistem pendidikan ultra-kompetitif Korea Selatan sebahagiannya dikaitkan dengan kadar kemurungan remaja dan bunuh diri antara tertinggi di dunia.

Bulan ini, perhimpunan nasional Korea Selatan meluluskan pindaan undang-undang yang melarang institusi pendidikan bahasa Inggeris swasta daripada mengendalikan ujian kemasukan untuk kanak-kanak prasekolah.

Keputusan peperiksaan sekian lama menjadi isu sensitif dan diperhatikan dengan teliti.

Minggu ini, anak saudara Ketua Samsung Electronics, Lee Jae-yong, satu daripada keluarga paling berkuasa dan kaya di Korea Selatan menjadi tumpuan media selepas beliau dilaporkan gagal satu soalan sahaja dalam peperiksaan, namun masih diterima masuk ke universiti terkemuka negara itu, Universiti Kebangsaan Seoul.

BHonline-

Tags: Ketua PeperiksaanKorea Selatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd