KUALA LANGAT, 7 Disember 2025 – Dua sahabat maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai bergesel antara satu sama lain berhampiran Kilometer 2.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Banting, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi sebelum kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak polis turut meminta saksi bebas yang berada di lokasi ketika kejadian tampil membantu siasatan.
— Mynewshub


