• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, UMNO Dan Sabah Kehilangan Tokoh Penting

oleh Mohd Arshad
05/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, UMNO Dan Sabah Kehilangan Tokoh Penting
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan seorang tokoh politik berpengaruh hari ini apabila Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia.

Berita pemergian Ketua UMNO Sabah itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau, Naim Moktar, menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam kenyataan ringkas itu, Naim memaklumkan bahawa ayahandanya, Moktar Radin, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 1.46 pagi tadi.

Naim turut merayu orang ramai agar mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Beberapa pemimpin utama, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyampaikan ucapan takziah menerusi hantaran di media sosial.

Najib menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada Umno, negeri Sabah serta negara.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan kepada Umno, kepada Sabah, dan kepada negara. Kami mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan pada saat yang mencabar ini. Semoga segala jasa dan pengorbanan Allahyarham diterima dan diangkat sebagai amal kebaikan,” katanya.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan (P.187) serta Adun Lamag (N.58), merupakan antara figura paling lama berkhidmat dalam arena politik Sabah, terkenal dengan ketegasan pendirian serta kepimpinan lantang dalam memperjuangkan suara rakyat negeri itu.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Pengerusi Felcra Berhad dan pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah.

Pemergian Bung Moktar turut dirasai ahli keluarga, kenalan rapat, rakan-rakan politik dan masyarakat Sabah yang melihat beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Upacara pengebumian dan butiran lanjut masih belum diumumkan pihak keluarga setakat ini.

Mynewshub merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Tags: Bung Mokhtar Radin
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Bung Moktar: Pendakwa Mahu Soal Saksi Belot

14/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon untuk menyoal balas seorang saksi utamanya yang dianggap sebagai saksi belot dalam perbicaraan kes rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd