• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita PBRS Sook Yakin Arthur Menang Besar

oleh Mohd Arshad
19/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita PBRS Sook Yakin Arthur Menang Besar
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita PBRS Sook Yakin Arthur Menang Besa

SOOK : Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cawangan Sook tekad untuk terus berjuang habis-habisan bagi memastikan calon DUN N.45 Sook, Dato Sri Arthur Joseph Kurup menang besar pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Wanita PBRS Cawangan Sook, Angie Jampadin, berkata, mereka akan sentiasa ke hadapan bagi memastikan jentera pilihan raya di peringkat Wanita bergerak aktif terutama dalam program mendekati rakyat.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251119-WA0105.mp4

Menurutnya, beliau bersama keseluruhan ahli Wanita akan terus berjuang habis-habisan tanpa mengira masa dan lokasi.

Katanya, beliau akan memastikan Wanita Sook mengambil bahagian dalam semua program yang telah dijadualkan termasuk mengagihkan kad laporan Arthur.

“Sebagai ketua wanita, saya memimpin Wanita Sook untuk terus berjuang dan berkempen, tidak kira masa dan di mana.

“Kami bergerak dari rumah ke rumah untuk menyerahkan kad laporan dan manifesto kepada penduduk.

“Kami tetap radu sampai kami dapat kemenangan besar untuk Dato Sri Arthur, katanya kepada penulis.

Mengulas peluang Arthur untuk menang, beliau yakin Ahli Parlimen Pensiangan itu bukan sekadar menang biasa, tetapi menang besar kerana beliau nampak kehadiran Arthur sebagai calon diterima majoriti penduduk Sook terutama golongan anak muda.

“Saya berasa sangat yakin Dato Sri Arthur akan menang besar. Ini kerana ramai anak muda sokong beliau.

“Kami jangka pengundi kali pertama juga akan memilih beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, keyakinan itu berasas kerana rakyat sudah nampak dengan mata sendiri hasil kerja Arthur.

“Beliau seorang wakil rakyat yang bekerja kuat,” tambahnya.

Menurutnya, rakyat sudah nampak hasil kerja beliau yang membawa masuk pembangunan kepada penduduk, khususnya DUN Sook.

“Semua hasil kerja itu memberi keyakinan kepada kami bahawa Arthur akan menang besar,” ujarnya.

PRN17 yang akan diadakan pada 29 November menyaksikan Arthur berdepan saingan lima penjuru apabila dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin, Ireneus Pagut (Parti Solidariti Tanah Airku – STAR), Joseph Peter Tinggi (Parti Warisan) dan V Chong Vin (Parti Impian Sabah – PIS).

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

17/05/2026
0

HIMPUNAN Daulat Tuanku semalam ada yang melaporkan sekitar 3,000 peserta, manakala ada yang menyebut 5,000 orang. Tidak mustahil juga jumlah...

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan pusat untuk langkah seterusnya susulan pengumuman Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd