• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Politik
0
SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya hanya mengeluarkan hebahan peringatan larangan terbabit rasuah menerusi platform rasmi termasuk menerusi media arus perdana.

“SPRM berharap orang ramai sentiasa berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan mesej berkaitan dan tidak menjadi mangsa kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin mengambil kesempatan bagi tujuan tertentu,” kata SPRM dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, SPRM mengingatkan calon serta pengundi untuk tidak terbabit rasuah.

SPRM berkata, aduan rasuah atau rujukan boleh dibuat secara terus kepada Bilik Gerakan SPRM yang dibuka pada 10 November lalu di lima lokasi di Sabah.

“Cawangan yang dibuka termasuk Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Pejabat SPRM Cawangan Sandakan, Pejabat SPRM Cawangan Tawau, Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu dan Pejabat SPRM Cawangan Keningau,” kata kenyataan itu.

Katanya, orang ramai boleh membuat laporan atau membuat rujukan menerusi saluran rasmi SPRM seperti di portal rasmi SPRM di alamat www.sprm.gov.my, Portal Aduan Rasuah SPRM di alamat www.portaladuan.sprm.gov.my, talian bebas tol 1800-88-6000 dan aplikasi MACC Mobile.

-Berita Harian

Tags: PRN SabahSabahSPRMwhatsapp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd