• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sook Bertuah Miliki Pemimpin Seperti Arthur

oleh Mohd Arshad
16/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sook Bertuah Miliki Pemimpin Seperti Arthur
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

NABAWAN:  Bijak merancang, mengotakan janji dan memiliki ‘report card’  yang sangat cemerlang.

Barisan Nasional (BN) Sabah bertuah dapat mengetengahkan calon dengan kredibiliti tinggi seperti Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, kata Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pusat,  Datin Zainon Kayum Khan (gambar).

 

Menurut Zainon, biarpun lawan yang bakal ditentang oleh Presiden PBRS itu tidak mudah, terutama Datuk Ellron Angin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tidak pernah kalah sejak 2008 tetapi rekod Arthur memberi keyakinan kepada BN untuk menawan Sook.

Katanya, pengundi boleh menilai sendiri pencapaian Arthur sebagai Ahli Parlimen Pensiangan apabila beliau mengotakan janji-janji yang dibuat ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

“Kita sangat bertuah kerana memiliki definasi sebenar seorang pemimpin. Beliau (Arthur) bukan sahaja bijak merancang, malah mengotakan janjinya dengan membawa banyak pembangunan serta kemajuan di parlimen.

“Walaupun ini kali pertama beliau bertanding di DUN tetapi orang-orang Sook sangat mengenali Arthur sebagai tokoh yang membawa kemajuan di Pensiangan.

“Apa yang beliau lakukan dirasai oleh rakyat di ketiga-tiga kawasan iaitu Nabawan, Tulid dan Sook sendiri,” kata Zainon ketika ditemui pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) Sabah DUN Sook, Nabawan dan Tulid semalam.

Menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan sejauh 46 kilometer yang dijangka siap pada 2026 antara projek besar yang dilakukan Arthur sebagai Ahli Parlimen Pensiangan.

Beliau juga telah memulakan projek menaik taraf beberapa jalan lain seperti jalan Sinaron, Sook ke Lunayukan, Tongod, jalan Pekan Pagalungan ke Pensiangan serta jalan Rancangan Beliau Tiulon ke Kampung Simbuan.

Meningkatkan liputan telekomunikasi dan internet dengan menaik taraf 144 menara pembinaan, selain 49 menara baharu antara projek besar anak kelahiran Sook.

Bidang pendidikan juga antara yang mendapat perhatian Arthur, 43, menerusi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit yang baharu dan pembinaan bangunan baharu Pusat Tingkatan 6 SMK Nabawan.

Arthur tidak hadir semata-mata dengan meminjam reputasi besar mendiang bapanya, Tan Sri Joseph Kurup, sebaliknya beliau mampu mencipta pencapaian kerana kemampuan sendiri.

Sementara itu kata Zainon, BN juga tidak tampil sebagai parti yang suka memainkan sentimen kenegerian seperti ‘tolak Malaya’ sebaliknya fokus mereka hanya untuk membawa pembangunan di Sabah.

Katanya, jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang disandang oleh Arthur di peringkat pusat membuktikan kedudukan itu boleh membawa banyak manfaat kepada penduduk di Pensiangan.

“Tidak, kita tidak akan sesekali bermain politik kenegerian. Hubungan baik presiden parti dengan kerajaan pusat sebenarnya membawa banyak kelebihan kepada kita,” ujarnya.

Tags: NabawanSook
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

28/11/2025
0

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd