• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sook Berpotensi Jadi Gedung Jaminan Makanan Sabah

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sook Berpotensi Jadi Gedung Jaminan Makanan Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Sook berpotensi jadi gedung jaminan makanan Sabah

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KENINGAU – Daerah Sook berpotensi menjadi gedung jaminan makanan yang baharu di Sabah apabila lebih banyak usaha mempertingkatkan hasil pengeluaran pertanian bakal dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara tanaman yang dilihat berpotensi besar itu termasuklah padi bukit dan huma yang menjadi antara utama di daerah ini.

“Kita mahu melihat penanaman padi bukit di sini beralih arah ke tahap lebih tinggi bukan sekadar untuk kegunaan sendiri, tetapi mampu dikomersilkan sebagai beras premium,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Libat Urus Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Sook di Kampung Johan Jaya, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup yang merupakan Ahli Parlimen Pensiangan serta calon Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pada majlis itu, Mohamad turut melancarkan Bantuan Input di bawah Skim Baja Padi Bukit dan Huma (SBRPB) bagi tahun 2025 yang memperuntukan dana berjumlah RM42 juta untuk diagihkan kepada 32,047 pesawah padi bukit dan huma di Sabah dan Sarawak.

Katanya, skim bantuan ini akan meningkatkan produktiviti penanaman padi bukit selain mengurangkan kos input pertanian serta meningkatkan pendapatan pekebun kecil di kawasan pedalaman di dua negeri itu. – MYNEWSHUB

Tags: Arthur Kurup
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd