• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan Kabinet Dua, Tiga Minggu Lagi?

oleh Mohd Arshad
07/11/2025
dalam Politik
0
Rombakan Kabinet Dua, Tiga Minggu Lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Berucap pada Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI), Zambry mengharapkan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun- tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai menteri Kabinet tidak diketahui.

“Jadi, sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun akan datang.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

“PM (Anwar) senyum saja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama dua tiga minggu ja lagi,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Zambry yang juga Setiausaha Agung BN mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2 Disember 2022 di Istana Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul merupakan satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.

-Sinar Harian

Tags: Rombakan Kabinet
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Rombakan Kabinet Di Luar Pengetahuan Saya’ – Ahmad Zahid

‘Rombakan Kabinet Di Luar Pengetahuan Saya’ – Ahmad Zahid

12/08/2024
0

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tidak mengetahui apa-apa berkait isu rombakan Kabinet...

PM Bayangkan Rombakan Kabinet Bulan Ini

PM Bayangkan Rombakan Kabinet Bulan Ini

01/12/2023
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd