• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

oleh Mohd Arshad
15/11/2025
dalam Terkini
0
Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Padang Serai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, remaja 15 tahun itu yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, kaunter aduan Balai Polis Trafik Kulim menerima makluman daripada orang awam pada jam 11.30 pagi terdapat satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.

“Penunggang motosikal Yamaha 135 LC disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika remaja lelaki terbabit menaiki motosikal dari rumahnya di Taman Mahsuri menghala ke kedai berdekatan melalui jalan lurus di taman perumahan berhadapan stesen minyak berkenaan.

“Ketika itu datang sebuah kereta Proton Saga FL yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dari Jalan Padang Serai – Tasek Gelugor membelok ke kiri untuk masuk ke stesen minyak secara tiba-tiba tanpa memberi laluan kepada motosikal yang ditunggangi remaja itu,” katanya.

Zulkifli berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal itu tercampak ke dalam longkang di hadapan stesen minyak dan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala selepas topi keledarnya tercabut.

Beliau berkata, pemandu kereta Proton Saga FL itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kemalangan mautremajatercampak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd