• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

oleh Mohd Arshad
05/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: PAS sudah memuktamadkan akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata tumpuan diberikan kepada DUN Karambunai disebabkan kawasan berkenaan bakal ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang dianggap memiliki potensi besar untuk dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN).

“Kita ingin membawa satu pembaharuan melalui pendekatan PN di Sabah di mana negeri berkenaan berdepan dengan pelbagai isu dan yang paling besar ialah membabitkan rasuah.

“Masalah ini menjejaskan pembangunan di Sabah yang bukan kerana peruntukan tidak ada, tetapi disebabkan peruntukan itu tidak sampai kepada rakyat.

“Oleh itu, melalui PN kita berusaha untuk membawa satu perubahan demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa yang sama, parti-parti lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang berdepan dengan pelbagai cabaran serta masalah dalaman mereka sendiri.

“Justeru, kita tampil menawarkan satu pilihan baharu kepada rakyat Sabah melalui PN dan berharap rakyat dapat membuat pertimbangan yang adil dan memberikan peluang kepada kita untuk melaksanakan pembaharuan yang diharapkan,” katanya.

Bertanding logo PN

Katanya, berdasarkan perancangan setakat ini, PN dijangka bertanding sekitar 40 kerusi seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat terdahulu, namun jumlah muktamadnya masih belum diputuskan dan sudah sepakat untuk bertanding atas logo PN.

“Selain itu, terdapat juga kemungkinan beberapa parti lain akan turut serta menggunakan lambang PN.

“Bagaimanapun, perbincangan ke arah itu sedang dijalankan, namun semuanya masih di peringkat rundingan awal. Oleh sebab itu, kita perlu menunggu pengisytiharan rasmi sebelum segala keputusan dimuktamadkan dan diumumkan secara menyeluruh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar, berkata kes Zara Qairina Mahathir boleh memberi kesan besar kepada kerajaan.

“Namun begitu, strategi memainkan isu itu perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana jika tidak diurus dengan baik, ia boleh membawa kesan sebaliknya sama ada menjadi “overkill” atau malah memakan diri (backfire),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi PRN17.

BHonline-

Tags: PASPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan kajian serta 'post-mortem' menyeluruh susulan hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd