• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu

oleh Mohd Arshad
08/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menggunakan AI Chatbot BN Sabah – satu inisiatif teknologi baharu bagi memperkenalkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pelancaran AI Chatbot itu disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, sebagai langkah strategik BN mendekati pengundi muda serta memodenkan cara komunikasi parti dalam era digital.

Ahmad Zahid berkata pengenalan Al Chatbot BN Sabah mencerminkan kesungguhan BN untuk beradaptasi dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu.

“Ini membuktikan bahawa BN bukan sekadar parti bersejarah, tetapi parti yang terus bergerak seiring kemajuan teknologi dan aspirasi rakyat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan BN Sabah di sini.

Menurut kenyataan itu, Al Chatbot BN Sabah berfungsi sebagai platform interaktif yang membolehkan rakyat khususnya golongan muda dan pengundi baharu mengenali calon-calon BN dengan lebih dekat, memahami latar belakang mereka serta mengikuti aktiviti kempen dan dasar perjuangan BN di seluruh Sabah.

“Selain memperkenalkan calon, inisiatif ini juga menjadi usaha BN Sabah dalam menangani penularan berita palsu yang semakin berleluasa di media sosial, menjelang pilihan raya.

“Chatbot ini akan menyalurkan maklumat sahih dan rasmi secara terus kepada rakyat, sekali gus memastikan setiap maklumat yang diterima adalah tepat dan berfakta,” menurut kenyataan itu.

Platform AI Chatbot ini boleh diakses melalui dua saluran utama iaitu www.prnsabah.com dan BNComm Sabah dan akan beroperasi sepenuhnya bermula 12 November, bertepatan fasa kempen utama menjelang PRN Sabah ke-17.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Ibu Pejabat UMNO Sabah di sini, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Esok, Ahmad Zahid dijadual menghadiri majlis pengumuman calon BN pada PRN Sabah ke-17 oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebelum beliau melancarkan Jentera BN.

Bernama-

Tags: AI ChatbotBNPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan pusat untuk langkah seterusnya susulan pengumuman Barisan...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd