• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Beri Sokongan Padu Kepada Arthur Di Sook

oleh Mohd Arshad
23/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PH Beri Sokongan Padu Kepada Arthur Di Sook
Share on FacebookShare on Twitter

PH beri sokongan padu kepada Arthur di Sook

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KENINGAU – Pakatan Harapan (PH) sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

 

Ketua Wanita PKR Cabang Pensiangan, Florina William Lapindik berkata, sebahagian besar ahli PH yang juga akan mengundi di DUN Sook pada 29 November ini yakin dengan kewibawaan Arthur membawa pembangunan dan kemajuan di daerah itu sebelum ini.

 

“Sokongan kepada beliau akan berterusan sebab kami yakin dengan dia. Saya sendiri tahu bagaimana sokongan ahli-ahli di sini terhadap beliau terutama di Bonor, Dalit, Malaing..semua menyokong kepimpinan YB Arthur setakat ini,” katanya.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251123-WA0044.mp4

Florina berkata demikian ketika di temui pada Program Santai Urang Sini bersama calon DUN N45 Sook, Arthur di sini semalam.

 

Beliau berkata, banyak pembangunan yang telah diusahakan Arthur di Sook dapat dilihat dengan jelas selain berupaya mengotakan janji-janjinya kepada rakyat di kawasan itu.

 

“Bagaimana kami mahu pilih kepimpinan yang lain apabila beliau sudah membawa begitu banyak pembangunan ke daerah kami. BN dan PH adalah gabungan di kerajaan pusat jadi kami juga mahu negeri membina kerajaan perpaduan yang stabil,” katanya.

 

Katanya, BN juga memberikan sokongan kuat terhadap calon DUN N44 Tulid yang mempertaruhkan Ketua Cabang PKR Pensiangan, Datin Rufinah Pengeran pada PRN ini.

 

Maka itu PH juga turut memberikan sokongan padu kepada Arthur bagi memastikan Sook menjadi milik BN pada PRN kali ini.

Tags: Arthur KurupSook
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd