• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pedalaman Sook Luas, Subur Sesuai Jadi Hab Pertanian Sabah

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Janji Ditepati Bukan ‘Dicapati’
Share on FacebookShare on Twitter

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KENINGAU – Kawasan pedalaman di Daerah Sook mempunyai peluang tinggi dimajukan sebagai hab pertanian di Sabah berskala besar memandangkan ia mempunyai keluasan yang lebih dari mencukupi, tanah subur serta iklim yang sesuai.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup berkata, peluang itu sekaligus bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi daerah itu.

“Kita di kawasan pedalaman Sabah bukan sahaja di Sook mempunyai potensi yang sangat besar kerana tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk kita meningkatkan lagi aktiviti pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Libat Urus Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Sook di Kampung Johan Jaya, di sini hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang turut meninjau perkembangan semasa projek menanam padi bukit dan huma di sekitar Sook.

Arthur yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 berkata, hasil pengeluaran pertanian dari kawasan pedalaman seperti di daerah itu tidak mustahil mampu menampung keperluan makanan di seluruh negara.

Sebagai pemimpin yang berada di dalam kerajaan Persekutuan, Arthur berkata, beliau mahu melihat sektor pertanian menjadi antara pemangkin ekonomi utama bukan sahaja di daerah itu malah di seluruh Sabah.

Katanya, kesemua projek pertanian yang dirancang telah berjalan dan ada yang sudah terlaksana.

“Saya jamin program atau semua usaha yang dirancang ini akan berterusan demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Arthur KurupSook
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

10/07/2026
0

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd