• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Angkat ‘Gelombang Idea Nasional’ Di FOI 2025

oleh Damu
06/11/2025
dalam Advertorial
0
Malaysia Angkat ‘Gelombang Idea Nasional’ Di FOI 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 membuka tirai pada Selasa dengan penegasan bersama pemimpin tertinggi negara dan ASEAN bahawa masa depan Malaysia serta rantau ini mesti digerakkan melalui ilmu, inovasi serta kepimpinan pendidikan yang berani berubah.

Majlis pembukaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Agung ASEAN, H.E. Dr. Kao Kim Hourn di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ilmu ialah “nūr” dan asas kebangkitan negara

Menurut Ahmad Zahid, beliau menegaskan bahawa ilmu bukan sekadar maklumat, sebaliknya “nūr”, cahaya yang membina jiwa dan tamadun.

Mengimbau sejarah Bayt al-Hikmah, Andalus dan Renaissance, beliau menyatakan bahawa kemajuan sebenar hadir daripada keberanian berfikir dan kebijaksanaan mengamalkan ilmu.

“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Pengetahuan harus menjadi gerakan, bukan sekadar inspirasi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia perlu muncul sebagai hub pemikir serantau, memanfaatkan kedudukannya di tengah ASEAN untuk membina ekosistem idea yang subur dari sekolah hingga ke kampung.

Tegasnya, FOI tidak boleh hanya menjadi acara tahunan tetapi sebuah ‘Gelombang Idea Nasional’ yang mengangkat budaya berfikir, bertanya dan mencipta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan perkembangan baharu Komisyen TVET Nasional yang bakal menyelaras lebih 1,398 institusi dan menstruktur semula pemadanan latihan industri.

Ahmad Zahid menegaskan, Malaysia tidak mahu sekadar meniru Silicon Valley, tetapi membangunkan model inovasi ‘berjiwa Malaysia’ berasaskan amanah, ihsan dan hikmah.

“Malaysia tidak bercita-cita meniru Silicon Valley. Kita mahu membina ekosistem inovasi yang benar-benar berjiwa Malaysia berpaksikan amanah, ihsan dan hikmah,” tegasnya.

Putrajaya sebagai pusat idea dan tindakan

Sementara itu,  Zambry menekankan bahawa FOI edisi kedua ini menjadi lebih bermakna kerana berlangsung seiring Kepengerusian ASEAN 2025.

Beliau menghargai komitmen Ahmad Zahid yang hadir sebelum berlepas ke luar negara, menyifatkannya sebagai simbol sokongan ke atas agenda memartabatkan wacana intelektual negara.

Dalam ucapannya, Zambry menekankan bahawa FOI bukan sekadar ruang inspirasi, tetapi wadah untuk memadukan idea, inovasi dan pertukaran intelektual merentas budaya serta disiplin.

“Putrajaya ialah pusat di mana idea bertemu tindakan. Kita mahu Malaysia menjadi tempat pertemuan pemikir, inovator dan pembuat perubahan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua kementerian, institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik dan kolej komuniti untuk merealisasikan ekosistem yang mengangkat dialog terbuka, keingintahuan intelektual serta kerjasama rentas institusi demi membina negara progresif.

ASEAN: Pendidikan tinggi harus memimpin perubahan, bukan mengikut arus

Bagi Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, pendidikan tinggi merupakan antara pelaburan paling strategik ASEAN dan perlu menjadi ‘kompas’ hala tuju masa hadapan.

Namun beliau turut mengingatkan tentang cabaran hakiki, tekanan bajet, keutamaan negara berbeza, dan isu brain drain yang masih membelenggu rantau.

Malah selaras ASEAN Community Vision 2045, Kao menggariskan enam keutamaan iaitu Adaptive & Values-Based Education, Responsible Research Ecosystem, Leadership Pathways for Emerging Scholars, AI-Era Higher Education, Integrating Planetary Health dan TVET Leadership in ASEAN.

Untuk makluman, FOI 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi berlangsung di PICC bermula hari ini hingga 8 November.

Festival tersebut menyediakan program menarik termasuk Sidang Idea Malaysia, My Idea Connects, Global Higher Education Summit, pameran 1001 Inventions, persembahan seni, FOI Run Challenge selain pelbagai forum idea meliputi sains sosial, teknologi, budaya, muzik serta seni.

Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

05/12/2025
0

Pelancong Dakwa Dikenakan Caj Melampau Oleh Mynewshub  Kuala Lumpur – Tular dakwaan seorang pelancong asing yang mendakwa dikenakan tambang sehingga...

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

05/12/2025
0

PULAU BALI – Tular sebuah video memaparkan detik seorang pelancong terkejut menemui ‘air terjun’ berbau busuk seperti kumbahan manusia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd