• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63 Milik Rakyat Sabah, Bukan Mainan Politik

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
MA63 Milik Rakyat Sabah, Bukan Mainan Politik
Share on FacebookShare on Twitter

MA63 MILIK RAKYAT SABAH, BUKAN MAINAN POLITIK – MOHD HASNOL

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub menegaskan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak wajar dijadikan alat politik untuk memecah-belahkan rakyat Sabah.

Beliau berkata perjuangan berkaitan MA63 adalah hak kolektif rakyat Sabah dengan semua pihak perlu berada dalam ‘garis merah’ yang sama untuk memastikan tuntutan hak negeri dilaksanakan secara adil kerana ia bukan milik mana-mana parti politik.

“Perjuangan MA63 adalah milik semua rakyat Sabah. Jangan jadikan isu ini sebagai modal politik untuk memecah-belahkan masyarakat. Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan mendatangkan keburukan.

“MA63 mesti dijadikan asas perpaduan supaya hak Sabah dilaksanakan secara saksama, bukannya menjadi polemik yang melemahkan kedudukan negeri dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan,” katanya di Kampung Naradau, di sini malam tadi.

Berucap dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pinousuk, Mohd Hasnol menekankan Sabah hanya dapat memperkukuh kedudukannya dalam Persekutuan Malaysia jika rakyatnya bersatu, bukannya berpecah akibat retorik politik.

Ujarnya, kestabilan politik adalah asas pembangunan, termasuk projek kampung yang berjaya dilaksanakan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum 2018.

“Kekalahan BN pada 2018 menyebabkan banyak projek tertangguh, termasuk isu tanah dan infrastruktur yang sepatutnya menyokong kemajuan kampung tradisi Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) di Kundasang.

“90 hingga 95 peratus pembangunan hari ini adalah hasil pentadbiran BN sebelum 2018. Pentadbiran stabil membawa hasil, manakala politik tidak menentu menjejaskan kemajuan,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak pengundi N.36 Kundasang memilih calon BN, Japirin Sahadi kerana mempunyai kepimpinan yang berfokus kepada penyatuan rakyat, penyelesaian isu tanah serta pengukuhan pembangunan kampung sejajar dengan keperluan rakyat di kawasan itu.- MYNEWSHUB

GAMBAR : Japirin Sahadi (tiga dari kiri) bersama Datuk Mohd Hasnol Ayub (dua dari kiri) sewaktu mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Naradau, Kundasang, Sabah, semalam.

Tags: Japirin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

28/11/2025
0

Calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Japiril Suhaimin mengasak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang, Datuk Seri Dr...

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

27/11/2025
0

Kemunculan calon baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)‑Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi buat kali pertama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd