• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Jalan Raya Jadi Keluhan Penduduk Di Kundasang

oleh Mohd Arshad
16/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Keadaan Jalan Raya Jadi Keluhan Penduduk Di Kundasang
Share on FacebookShare on Twitter

JALAN raya merupakan kemudahan asas yang amat penting untuk kegunaan penduduk bagi menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Namun, kegagalan pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan tersebut mampu menghadirkan kesulitan dalam melancarkan kehidupan seharian penduduk di sesebuah kawasan.

Jalan raya juga menjadi gambaran kepada kemajuan sesebuah negara, negeri ataupun daerah, terutamanya dari segi persepsi awal terhadap sejauh mana pembangunan yang dijanjikan ditepati pemimpin setempat.

Masalah itu juga menjadi isu besar yang merunsingkan hati bagi rata-rata penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kundasang, sebuah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong kerana di situ terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi identiti warga di daerah tersebut.

Salah seorang penduduk tempatan, Anizah Jasmin, 56, ketika ditemui berkata, keadaan jalan raya yang bermasalah dan tidak diturap dengan baik telah merunsingkan hatinya sejak sekian lama.

“Saya mohon pembaikan jalan utama, sebab kalau kita masuk ke Kampung Masilau, jalan di sana berlubang-lubang, saya harap akan ada pembaikan jalan raya, itulah yang utama.

“Masalah jalan raya ini merupakan keluhan orang Sabah, jalan raya paling teruk, kami mahu keadaan jalan raya sentiasa kena pantau, kalau ada kerosakan tolong perbaiki,” katanya.

Anizah yang merupakan seorang peniaga buah-buahan di Kundasang menjelaskan, jalan raya yang berlubang hanya akan menjatuhkan imej kerajaan kalau tidak dijaga dengan baik.

“Saya mohon satu lagi jalan yang terjejas teruk adalah laluan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, sudah bertahun lamanya, masalah di situ masih tidak berubah,” katanya.

Selain jalan raya, Anizah menambah, dia tidak mempunyai rungutan lain kerana cukup berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kerajaan termasuk air dan elektrik di Kundasang.

Sementara itu, ketika tinjauan di SK Kundasang, keadaan jalan raya sememangnya rosak teruk yang kelihatan berlopak serta berlubang besar dan mampu membahayakan nyawa penduduk.

Malah, sebahagian jalan raya yang tidak diturap, tetapi, sebaiknya hanya disimen turut mengganggu pemanduan menuju ke sekolah angkat Malaysia Madani itu.

Seorang pengawal keselamatan di sekolah berkenaan, Md Fadzili Saliman ketika ditemui berkata, masalah jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik telah lama berlarutan dan ia cukup merunsingkan hatinya.

“Anak-anak saya juga bersekolah di sini, jalan raya merupakan kemudahan asas penting dan jika ia tidak dijaga, keselamatan kami warga sekolah juga boleh terjejas,” katanya yang berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dapat menghadirkan satu perubahan bagi pembangunan infrastruktur di Kundasang. –MYNEWSHUB

Tags: NabawanSook
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

28/11/2025
0

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd