• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Japirin Janji Bantu Selesai Isu Geran Tanah Penduduk

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Japirin Janji Bantu Selesai Isu Geran Tanah Penduduk
Share on FacebookShare on Twitter

Japirin Janji Bantu Selesai Isu Geran Tanah Penduduk

ISU pemilikan tanah penduduk di Sabah kekal menjadi permasalahan utama yang masih gagal diselesaikan secara tuntas termasuk bagi warga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

 

Kemelut yang telah cukup lama berlanjutan dibangkitkan calon Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sewaktu beliau meninjau keadaan penduduk di Kampung Naradau yang berada di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pinousuk.

 

Beliau berkata, masalah tanah di Sabah khususnya di Kundasang masih berlanjutan sehingga kini dan ada penduduk yang belum memiliki geran tanah masing-masing.

 

“Malah ada yang sudah meninggal (dunia), masih tak dapat geran tanah, sekiranya tanah ini tidak diberi pemilikan geran tanah, bagaimana, kita hendak bantu.

 

“Salah satu syarat Jabatan Pertanian kita perlu geran tanah untuk dapatkan bantuan, sekiranya saya diberi peluang jadi wakil rakyat, saya akan cuba bantu.

 

“Macam mana kita mahu ubah, ia terpulang kepada kuasa yang diberi kepada kamu semua, sekarang ini tiada lagi wakil rakyat, tiada lagi kerajaan dan kamu diberi kuasa untuk memilih kerajaan dan wakil rakyat,” katanya sewaktu berucap kepada penduduk Kampung Naradau di Kundasang, Sabah, semalam.

 

Turut hadir pada lawatan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Ketua Bahagian PBRS Paginatan, Datuk Dr. Ewon Ebin.

 

Menurutnya, kalau mahu nasib dibela dengan lebih baik, maka, undilah calon BN dan beliau yakin serta percaya, sokongan di sini mampu mencecah 90 peratus.

 

“Untuk makluman semua, saya pernah ke sini sejak berkhidmat bersama Datuk Dr. Ewon Ebin lagi, kebanyakan penduduk di sini saya kenal.

 

“Saya tak cakap banyak pasal politik, sebab kami yang merasa dan melihat apa yang dibuat oleh wakil rakyat sebelum ini,” ujarnya.

 

Beliau memberitahu, banyak yang perlu ditambah baik demi keselesaan penduduk di kampung berkenaan seperti jalan raya yang perlu diperbaiki segera.

 

Katanya lagi, laluan menuju ke kebun juga perlu diadakan kerana penduduk di Kampung Naradau menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan.

 

“Selain itu, kita mahu pastikan kita punya bekalan elektrik tidak mati-mati, ini semua bermasalah dan bekalan air di sini juga tidak berapa baik, kalau kamu pilih calon BN, kita akan cuba perbaiki kemudahan ini untuk keselesaan penduduk,” tegasnya. –MYNEWSHUB

Tags: Japirin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

28/11/2025
0

Calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Japiril Suhaimin mengasak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang, Datuk Seri Dr...

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

27/11/2025
0

Kemunculan calon baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)‑Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi buat kali pertama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd