• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

oleh Mohd Arshad
12/11/2025
dalam Terkini
0
Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali ‘Inspektor Sheila’ didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Wanita itu didakwa telah dengan sengaja menghalang pegawai polis iaitu Lans Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, daripada menjalankan tugasnya meronda cegah jenayah di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi di sini antara 8.15 malam sehingga 8.30 malam, 4 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila memohon jaminan RM500 dengan alasan anak guamnya merupakan penjawat awam dan telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia selama sembilan tahun.

Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan wanita itu diikat jamin RM6,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan 2026 untuk sebutan kes.

Semasa polis membawa Sheila ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan, dia yang memakai blaus dan skirt berwarna merah jambu dilihat tersenyum sambil menegur media, namun mempersoalkan media yang mengambil gambarnya dan menegaskan ia perlu mendapat kebenarannya.

Media sebelum ini melaporkan pada kejadian 4 November lalu, wanita berkenaan telah menuduh anggota bertugas tidak mengetahui undang-undang dan memperlekeh tindakan pihak polis, selain mendakwa anggota berkenaan mengugut warga asing terbabit.

Terdahulu, tular video dimuat naik wanita itu di laman sosial mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.

Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.

Bernama-

Tags: DidakwaInspektor Sheila
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

14/08/2025
0

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd