• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

oleh Mohd Arshad
30/11/2025
dalam Politik
0
GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan parti dan calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semalam, berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah awal pagi tadi, disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan untuk membentuk kerajaan negeri.

“Insya-Allah, GRS bersama rakan parti dan semua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran, akan segera bergerak menunaikan amanah penduduk Sabah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Hajiji, 70, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-17 di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Pada PRN ke-17, GRS memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Parti Warisan (25), Barisan Nasional (6), Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (2), manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing meraih satu kerusi.

Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Sabah memperoleh 37 daripada 73 kerusi DUN.

Bernama-

Tags: GRSPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd