• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Budak Maut Dirempuh Kereta: Polis Tahan Pemandu

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Dua Budak Maut Dirempuh Kereta: Polis Tahan Pemandu
Share on FacebookShare on Twitter

YAN: Polis menahan pemandu kereta berusia 33 tahun yang dipercayai merempuh dua kanak-kanak lelaki yang menaiki basikal di Jalan Sedaka Tengah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah, berkata ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu kereta didapati negatif dadah.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan ketika ini.

“Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Hamizi berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian itu melalui orang awam pada jam 9.25 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan, dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun maut selepas basikal yang mereka naik dirempuh sebuah kereta di Jalan Sedaka Tengah, di sini hari ini.

BHonline-

Tags: budak mautdirempuh kereta
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Budak Maut Jatuh Pangsapuri: Polis Tunggu Rakam Keterangan Ibu

Budak Maut Jatuh Pangsapuri: Polis Tunggu Rakam Keterangan Ibu

24/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan tiga individu berhubung kes kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut terjatuh dari tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd