• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

oleh Mohd Arshad
05/11/2025
dalam Politik
0
Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila tindakan itu dipertikaikan penyokong kerajaan.

Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa, berlaku perang mulut antara Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) sehingga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau meminta Rayer mengemukakan usul bagi tindakan susulan.

Terdahulu Shahidan menyatakan rasa tidak puas hati kerana mendakwa peruntukan masih tidak diberikan kepada pembangkang selain melabelkan institusi Parlimen gagal.

Shahidan berkata, dalam aspek peruntukan itu, pihaknya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Unit itu matlamatnya menjadi agensi pusat yang unggul dalam penyelarasan dan pemantauan pembangunan negara. Ini dia kata ada RM761 juta yang di dalamnya terdapat peruntukan Ahli Parlimen.

“Tidak disebut peruntukan untuk Ahli Parlimen MADANI atau Pakatan Harapan (PH), dia sebut secara sepenuhnya RM761 juta tapi pembangkang tidak dapat,” katanya.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) bangkit mencelah dengan mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang menolak Belanjawan 2026 lalu dijawab Shahidan.

“Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kerja Raya) jawab apa? Kononnya kelmarin kita tolak tetapi hari ini minta… otak kamu timbalan menteri, timbalan menteri untuk rakyat Malaysia bukan untuk parti kamu,” katanya.

Pada akhir sesi perbahasannya, Shahidan memohon supaya perkhidmatan Parlimen dilaksanakan secara tertutup dan mempertikaikan status Parlimen Malaysia.

Perkhidmatan tertutup Parlimen memberi maksud pegawai dan kakitangan Parlimen berkhidmat secara eksklusif untuk Parlimen, bukan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam biasa dan tidak boleh dipindahkan secara automatik ke kementerian atau jabatan kerajaan lain.

“Sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia, tak duniapun, di Malaysiapun gagal, saya menyokong supaya Parlimen melakukan perkhidmatan tertutup,” katanya.

Kenyataan itu mengundang kemarahan Rayer yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) berikutan Shahidan mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan biadab dengan menyatakan Parlimen tiada standard.

Shahidan kemudiannya mempersoalkan aspek peruntukan yang dibeza-bezakan terhadap pembangkang dan mengaitkannya dengan dasar apartheid sebelum ucapan itu ditegur Rayer sekali lagi.

“Bagaimana boleh kata dasar apartheid. Apakah dia faham maksud aparhteid? Jangan jatuhkan institusi Parlimen dan jangan gunakan perkataan apartheid.

“Tidak boleh gunakan kenyataan apartheid… negara kita tidak mengamalkan apartheid,” kata Rayer sebelum Shahidan meninggikan suara kerana ahli Parlimen dari DAP itu dikatakan kerap mengganggu.

Kekecohan kemudiannya diredakan Alice dengan meminta Rayer menghantar usul kepada Parlimen berhubung ucapan Shahidan itu.

BHonline-

Tags: Dewan RakyatkecohRSN RayerShahidan Kassin
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd