• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpuluh Tahun Masih Gagal Bantu Rakyat, Itu Malang Buat Masyarakat

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Berpuluh Tahun Masih Gagal Bantu Rakyat, Itu Malang Buat Masyarakat
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh : FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KENINGAU – Wakil rakyat yang sudah berpuluh tahun memegang jawatan namun masih gagal menyelesaikan masalah merupakan pemimpin yang membawa malang kepada masyarakat.

Naib Presiden Parti Amanah Rakyat (Amanah), Datuk Seri Mahfuz Omar berkata, ini kerana wujud pemimpin di Sabah yang sudah memegang jawatan sehingga 30 tahun namun masih tidak mampu menyelesaikan masalah yang dekat di hati rakyat seperti isu tanah, air, jalan raya sempurna dan bekalan elektrik mencukupi.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251126-WA01481.mp4

“Saya tidak dapat nak bayangkan perkara ini masih berlaku apatah lagi di pedalaman Sabah. Berpuluh tahun masih tidak selesai masalah ini. Bagi saya pemimpin begini amat malang untuk masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup bersama penduduk Kampung Seri Menanti di Sook semalam.

Mahfuz yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) berkata, pemimpin muda seperti Arthur wajar diangkat menjadi wakil rakyat kerana sudah mempunyai rekod cemerlang walaupun baru dua penggal menjadi Ahli Parlimen.

“Beliau memmiliki rekod kerja yang sangat baik. Baru dua penggal jadi Ahli Parlimen sudah mampu menunaikan semua janjinya kepada rakyat di Sook.

“Saya nampak banyak lagi belum selesai di sini terutama isu tanah dan masalah berkait dengan kerajaan negeri. Sebab itu pentingnya anda semua mengundi beliau untuk angkat suara dia ke DUN agar semua masalah dapat diselesaikan di kawasan ini,” katanya.

Mahfuz berkata, Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merupakan contoh pemimpin muda yang bekerja berdasarkan realiti semasa dan bukan pemimpin yang hanya pandai menabur janji kosong kepada rakyat.

“Ada orang dia bekerja dengan mulut. Berjanji itu ini tetapi 20 tahun keadaan jalan begini, saya tak boleh memikir ini.

“Maknanya tiap lima tahun baru dia datang tengok kawasan lepas itu tak datang-datang lagi. Maknanya penduduk di Sook ini tidak dihati dia. Inilah sebabnya jangan silap memilih supaya anda tidak menyusahkan hidup untuk lima tahun lagi,” katanya. –MYNEWSHUB

BACA: Tidak Gantung Bendera Parti Di Kediaman ‘Trending’ Luar Biasa – Japirin

BACA : Angin Perubahan Di DUN Kundasang? 

Tags: Arthur Kurup
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

15/09/2026
0

PUTRAJAYA: Kesediaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menawarkan aset dan kepakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan...

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd