• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bengkel Parang Kampung Kabuan Bakal Tarik Pelancong

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bengkel Parang Kampung Kabuan Bakal Tarik Pelancong
Share on FacebookShare on Twitter

Bengkel Parang Kampung Kabuan Bakal Tarik Pelancong

Oleh Rohana Man

SOOK : Kira-kira 300 penduduk Kampung Kabuan dekat sini bakal menikmati pembangunan yang lebih mapan sebaik sahaja projek naik taraf jalan Rancangan Belia Tiulon (RBT) siap sepenuhnya.

Projek pembinaan jalan raya bernilai kira-kira RM156 juta sepanjang kira-kira 22.85 kilometer dan berakhir di Kampung Simbuan dijangka siap pada 2028.

Tinjauan penulis mendapati kampung itu terletak di sebelah jalan RBT yang sedang rancak dalam pembinaan.

Buat masa sekarang, untuk sampai ke kampung tersebut, kita perlu menempuh laluan tanah merah sejauh kira-kira lapan kilometer dari jalan utama Keningau – Tawau.

Ahli Parlimen Pensiangan yang juga calon No 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup yang melawat kampung itu petang semalam ketika berucap pada Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih berkata, pembinaan jalan RBT akan meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

Menurutnya, penduduk mampu memajukan ekonomi kampung dengan menarik kemasukan pelancong melalui pembukaan sebuah pusat kraftangan.

“Kampung ini mempunyai bengkel parang yang diusahakan penduduk dan apabila jalan raya RBT siap kelak, penduduk boleh mengkomersialkan perusahaan parang dalam kalangan pelancong.

“Pengguna jalan raya dan pelancong akan singgah ke kampung ini untuk mendapatkan parang yang berkualiti,” katanya.

Projek naik taraf jalan RBT itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk di 15 kampung.

Tinjauan penulis mendapati projek ini sedang rancak dijalankan dengan terdapat tiga jambatan konkrit baharu, selain sistem perparitan dinaik taraf bagi mengurangkan masalah banjir.

Selesai majlis, Arthur meluangkan masa menziarahi seorang penduduk, Wasli Saupin,60, yang menderita sakit saraf.

Mengulas lanjut, Arthur berkata pusat kraftangan itu kelak akan menarik kemasukan pelancong yang mahu mendapatkan pelbagai produk berasaskan parang, sarung parang dan cenderahati.

“Ini bermakna Kampung Kabuan akan memiliki bengkel parang yang lebih moden dan sebuah pusat kraftangan yang mana, penduduk boleh memasarkan produk ke luar kampung untuk pasaran lebih luas,” tambahnya.

Sehubungan itu, Arthur meminta penduduk bersabar menunggu projek naik taraf jalan RBT siap sepenuhnya dalam jangka masa tiga tahun lagi.

Sementara itu, seorang penduduk, Roslina Jaimi (gambar) 39, berkata, bengkel parang yang terdapat di kampungnya mampu menghasilkan parang pelbagai saiz, pisau toreh getah dan pisau potong buah sawit.

Menurutnya, penduduk mula mengusahakan bengkel tersebut sejak tahun 2000 dan banyak mendapat tempahan daripada pelbagai pihak.

“Selain menerima tempahan dari penduduk sekitar, kami juga mendapat tempahan cenderahati daripada pihak Yayasan Sabah, agensi kerajaan, sekolah dan universiti untuk majlis konvokesyen,” katanya.

Beliau memberitahu kemahiran membuat parang diwarisi daripada generasi lama penduduk kampung yang mana golongan lelaki menghasilkan parang, manakala wanita lebih fokus pada pembuatan sarung parang yang berukir. –MYNEWSHUB

Tags: Arthur Kurup
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

10/07/2026
0

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd