• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penyokong Kuat GRS Bawa 195 Ahli Baharu Sertai PBRS

oleh Mohd Arshad
20/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Penyokong Kuat GRS Bawa 195 Ahli Baharu Sertai PBRS
Share on FacebookShare on Twitter

SOOK: Jumlahnya bukan kecil, sebaliknya 195 orang ahli baharu Parti Bersatu Sabah (PBRS) dibawa masuk oleh Alun Ampasok menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah minggu depan.

 

Lebih istimewa, Alun, 68, pemimpin veteran yang amat disegani di Sook terkenal sebagai penyokong kuat pencabar utama calon Barisan Nasional (BN) di DUN Sook, Datuk Sri Arthur Joseph Kurup iaitu Datuk Ellron Angin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251120-WA01251.mp4

Jika kelmarin, Alun menerusi adiknya, Mary Ampasok menghantar 80 borang keahlian baharu PBRS di Kampung Barai, Biah Sook, semalam dia membawa masuk 115 ahli baharu di Kampung Ansip, Sook.

 

Tidak hanya itu, PBRS turut menerima 40 ahli baharu dari Kampung Rimbayan, perkembangan yang pastinya menjadi suntikan motivasi terbaik buat BN menjelang hari pengundian pada 29 November.

 

Ditanya mengapa beliau memilih untuk beralih kepada BN pada pilihan raya kali ini, Alun yang merupakan wakil Ketua Anak Negeri Sook menegaskan, keputusan itu bukan bersifat peribadi atau bertujuan menentang Ellron yang sehingga kini masih dianggap rakan baik keluarganya.

 

Beliau hanya mahu melihat kemajuan di Sook selepas melihat pergerakan Ellron terlalu perlahan biarpun sudah diberi peluang selama empat penggal.

 

“Saya tidak mahu memburukkan pemimpin-pemimpin sebelum ini tetapi saya melihat ada beza (dibandingkan dengan Arthur). Contohnya, pembangunan yang sangat perlahan, pembinaan kemudahan-kemudahan asas, sehingga kena tunggu 2…3 tahun atau tunggu pilihan raya (seterusnya).

 

“Keputusan ini bukan soal politik, Datuk Arthur memang bagus. Saya suka dia kerana dia fokuskan kepada pendidikan anak-anak, pembangunan, projek jalan raya. Ini bukan soal parti, ia dilakukandemi kepentingan Sook. Saya orang susah, saya melalui kehidupan yang miskin dan saya mahu masa depan lebih baik buat anak-anak saya,” katanya.

 

Menurut Ellron dia datang daripada keluarga besar dan mempunyai 21 adik-beradik. Sebahagian besar mereka menyertainya dengan memberi sokongan kepada Arthur tetapi sebahagian yang lain masih bersama Ellron.

 

“Kami tidak bergaduh kerana perbezaan politik. Ia perkara biasa, adik-beradik tidak semestinya satu haluan tetapi sebahagian besar akan membantu Arthur,” kata Ellron, yang pernah mengundi untuk mendiang bapa Arthur, Tan Sri Joseph Kurup pada beberapa pilihan raya lalu.

Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd