• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adolf Hitler Dijangka Menang Semula Pilihan Raya Tempatan

oleh Mohd Arshad
27/11/2025
dalam Terkini
0
Adolf Hitler Dijangka Menang Semula Pilihan Raya Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

WINDHOEK – Seorang ahli politik Namibia yang membawa nama sama seperti diktator Nazi, Adolf Hitler dijangka mengekalkan ‘penguasaan’ hampir dua dekad pada pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang diadakan pada minggu ini.

Adolf Hitler Uunona, 59, ahli politik veteran daripada parti pemerintah South West Africa People’s Organization (SWAPO) bertanding semula di kerusi majlis tempatan Ompundja di wilayah Oshana.

SWAPO yang bermula sebagai gerakan pembebasan menentang pemerintahan Afrika Selatan, telah menguasai politik Namibia sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1990 dan kini menjadi parti pemerintah berhaluan kiri.

Kerjaya politik Uunona bermula sejak beliau pertama kali dipilih sebagai ahli majlis pada 2004, sebelum berjaya mempertahankan kerusi sama pada tahun 2015 dan 2020. Pada pilihan raya lalu, beliau meraih sekitar 85 peratus undi sekali gus kawasan itu menjadi kubu kuatnya.

Jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Namibia menunjukkan, Uunona sekali lagi berpeluang besar untuk menang dan meneruskan tempoh perkhidmatannya yang panjang.

Namun di sebalik namanya yang mencetuskan perhatian dunia, Uunona berulang kali menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ideologi Nazi.

Nama itu, katanya, diberikan oleh bapanya yang ‘mungkin tidak memahami apa yang diwakili oleh Adolf Hitler’.

“Sebagai kanak-kanak, saya anggap ia nama biasa. Bila dewasa, barulah saya faham lelaki ini mahu menakluki seluruh dunia. Saya tidak ada kena-mengena dengan perkara tersebut,” katanya dalam temu bual bersama akhbar Jerman Bild pada tahun 2020.

Beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai atau penaklukan dunia’ dan menegaskan namanya hanya tinggalan zaman kecil dan latar keluarganya.

Dalam urusan rasmi dan politik, beliau biasanya menggunakan nama Adolf sahaja dan tidak bercadang menukar nama penuh kerana ia tertera dalam semua dokumen rasmi.

Sejarah Namibia sebagai bekas koloni Jerman dari tahun 1884 hingga 1915 turut memberikan konteks kepada kewujudan nama-nama sedemikian.

Pada era itu, Jerman melakukan antara jenayah genosid awal abad ke-20 terhadap komuniti Herero dan Nama dengan anggaran 70,000 orang terbunuh antara tahun 1904 dan 1908.

Pengaruh Jerman masih jelas kelihatan dalam nama tempat, seni bina dan juga nama peribadi seperti Adolf. Walaupun berkonotasi negatif di banyak negara, ia masih wujud di Namibia.

Kemenangan Uunona pada tahun 2020 pernah tular di peringkat antarabangsa dan menjadi bahan perbandingan serta meme di media sosial.

Namun bagi pengundi tempatan, fokus mereka lebih kepada rekod perkhidmatannya di bawah SWAPO berbanding nama yang digalasnya.

Pada 2020, sebuah kereta di wilayah beliau dilihat memaparkan simbol swastika dan nama Adolf Hitler tetapi Uunona menafikan sebarang kaitan dan menyifatkan tindakan itu tidak ada kena-mengena dengannya.

-Agensi

Tags: Adolf HitlerPilihan Raya Tempatan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Menteri Russia Dakwa Adolf Hitler Berketurunan Yahudi

03/05/2022
0

TEL AVIV, Israel — Israel semalam mengutuk keras Moscow kerana kenyataan ‘tidak boleh dimaafkan’ oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov...

Hati-Hati, Jangan Pilih ‘Hitler’, Pesan Mahathir

23/11/2019
0

BANGI - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat supaya berhati-hati memilih pemimpin, mengajak kita belajar daripada kesilapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd