• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

oleh Mohd Arshad
14/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kewujudan plaza tol di jalan menuju Genting Highlands yang didakwa sebagai jalan persendirian dan dibenar untuk mengenakan caj tol kepada pengguna.

Katanya, isu berkenaan boleh menimbulkan persoalan besar berkaitan dasar awam, integriti pentadbiran tanah, kepentingan pengguna dan risiko preseden (jadi kes contoh) baharu yang merugikan rakyat.

“Hakikatnya, laluan Genting Highlands bukan sekadar jalan ke pusat peranginan atau kasino tetapi ia digunakan setiap hari oleh ribuan pekerja, guru, petugas operasi, penduduk setempat, dan menjadi laluan penghubung antara Genting Sempah ke Batang Kali dan antara Pahang-Selangor-Perak.

“Apabila jalan awam digunakan untuk tujuan umum, maka prinsip kepentingan awam mestilah mengatasi kepentingan komersial mana-mana syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan semua kenderaan yang memasuki jalan Genting Highlands akan dikenakan bayaran oleh Genting Malaysia Bhd selaku pemilik laluan persendirian itu, pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Dalam kenyataannya, Genting Malaysia dilapor berkata, maklumat lanjut berhubung langkah itu akan diumumkan sebaik saia butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian itu (caj jalan persendirian) tersedia.

Jais berkata, pihaknya turut mempersoalkan beberapa perkara kritikal termasuk adakah wujud kelulusan rasmi kerajaan negeri atau Persekutuan membabitkan EXCO, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang membenarkan kutipan tol dilakukan entiti swasta.

“Apakah syarat nyata tanah, premium, pelan kebenaran merancang dan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang membenarkan jalan terbabit ditukar fungsi menjadi aset komersial bertol.

“Di manakah ketelusan kadar tol, mekanisme kutipan, audit dan penguatkuasaannya. Apakah jaminan bahawa tindakan ini tidak menjadi preseden berbahaya, yang mana selepas ini mana-mana syarikat boleh membina jalan ke premis mereka dan kemudian mengenakan tol ke atas rakyat,” katanya.

Jais berkata, pembangunan yang memberi keuntungan kepada syarikat tidak boleh memindahkan kos infrastruktur kepada rakyat, apatah lagi kepada pekerja syarikat itu sendiri yang terpaksa mengulang alik setiap hari tanpa insentif dan kini terbeban dengan kos tambahan.

“Susulan itu, MCW menggesa Kerajaan Pahang dan Selangor memberikan penjelasan terbuka mengenai status tanah, syarat kelulusan dan legaliti tol terbabit.

“Selain itu, KKR dan MOF perlu menyatakan pendirian rasmi terhadap kutipan tol oleh entiti swasta di jalan yang digunakan umum.

“Satu semakan integriti w) perlu dilakukan segera terhadap proses pewartaan, kelulusan tanah, perubahan guna tanah, dan kelulusan tol serta batalkan cadangan kutipan tol sehingga hasil siasatan dan semakan integriti diselesaikan,” tegasnya.

Katanya, MCW akan terus memantau isu ini dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa serta masyarakat sivil bagi memastikan integriti, ketelusan dan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.

BHonline-

Tags: genting highlandsMCWTol
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan 'runner' yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd