• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Terkini
0
60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri daripada mereka yang datang dari luar Selangor.

Beliau berkata, hasil semakan beliau menunjukkan hanya sebahagian kecil penerima merupakan rakyat kelahiran negeri ini manakala kumpulan terbesar datang dari negeri jiran.

“Sebanyak 10 peratus lagi penerima berasal dari negeri-negeri di pantai timur, manakala selebihnya dari seluruh negara,” katanya semasa sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.

Amirudin memberitahu, data itu diperoleh hasil penelitian semula rekod penerima zakat selepas perbahasan Belanjawan 2026.

Amirudin turut menjelaskan perbezaan ketara antara angka kemiskinan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dengan jumlah penerima zakat.

Beliau memberitahu, kaedah pengiraan zakat mengambil kira faktor seperti jumlah tanggungan, sewaan rumah, aset dan had kifayah.

Katanya, berdasarkan data ICU terbaharu, Selangor telah berjaya mengekalkan kadar kemiskinan tegar pada tahap 0 peratus dengan hanya seorang kes aktif direkodkan pada bulan lalu.

Beliau memaklumkan, seramai 1,351 individu dikenal pasti sebagai kelompok miskin tidak produktif melalui pendaftaran eKasih, melibatkan warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Kumpulan ini akan menerima bantuan baharu berjumlah RM300 sebulan di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi memastikan mereka tidak jatuh ke kategori miskin tegar.

Beliau menjelaskan, kadar kemiskinan relatif di Selangor menurun daripada 14.2 peratus pada 2022 kepada 8.5 peratus tahun ini hasil pelaksanaan beberapa program ekonomi dan sosial.

“Perkembangan ini membuktikan strategi pelaburan, penciptaan pekerjaan dan program bantuan negeri berada pada landasan tepat dalam menangani isu kemiskinan bandar yang semakin kompleks,” tambah beliau.

-Sinar Harian

Tags: selangorZakat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd