• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Bekas Pegawai Bank Dituduh Terima Rasuah

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
6 Bekas Pegawai Bank Dituduh Terima Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Enam bekas pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada firma guaman tertentu.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menerima wang antara tahun 2018 hingga 2023 sebagai balasan mencadangkan firma guaman berkenaan untuk penyediaan dokumen pembiayaan pelanggan.

Lima tertuduh iaitu, Norazliza Meli, 39; Abbass Othman, 39; Wong Zhi Xiong, 37; Zaidatul Erma Jamriy, 39, dan Khoo Kok Lim, 41, mengaku bersalah dan masing-masing didenda antara RM5,000 ke RM6,000 atau dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh pertama, Norazliza didakwa menerima rasuah berjumlah RM2,099 pada Mac 2023 dan didenda RM5,000, manakala Zaidatul Erma pula menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan rasuah berjumlah RM17,908 dari tahun 2018 ke 2020.

Abbass mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumpa RM14,309 dari tahun 2018 ke 2019, sementara Wong Zhi Xiong didakwa atas satu pertuduhan, manakala Khoo menghadapi dua pertuduhan.

Sementara itu, tertuduh Toh Tang Peng, 49, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membabitkan jumlah rasuah RM20,400 dan diberi jaminan RM10,000 serta perlu menyerahkan pasport.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Januari depan.

-Harian Metro

Tags: Pegawai BankrasuahSPRM
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd