• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

oleh Mohd Arshad
27/11/2025
dalam Terkini
0
44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang Fuk Court, sebuah kompleks kediaman di Tai Po berjaya dikawal secara berperingkat hasil usaha berterusan pasukan bomba, lapor Xinhua.

Lee berkata, dari pemerhatian luar, tiga bangunan kini tidak lagi menunjukkan nyalaan api ketara, manakala empat bangunan lain hanya menampilkan titik-titik kebakaran terpencil.

Sementara itu, tiga lelaki ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian tanpa niat dalam insiden kebakaran itu, menurut Pasukan Polis Hong Kong pada sidang media Khamis.

Setakat awal pagi Khamis, kebakaran itu mengorbankan 44 orang dan mencederakan 45 yang lain.

Lee menegaskan kerajaan HKSAR akan menggembleng semua sumber untuk menyokong penuh operasi menyelamat.

Beliau turut mengarahkan jabatan dan agensi terlibat menjalankan tindakan menyeluruh termasuk memadamkan kebakaran, menyelamatkan mangsa terperangkap, merawat, memberi bantuan serta sokongan emosi kepada keluarga, serta melaksanakan siasatan lengkap terhadap kejadian.

Jabatan Perkhidmatan Bomba HKSAR menerima makluman mengenai kejadian itu sekitar 2.51 petang waktu tempatan pada Rabu.

Wang Fuk Court terdiri daripada lapan blok kediaman dan kebakaran itu merebak dari satu bangunan ke tujuh bangunan lain.

Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong telah mengaktifkan Pusat Kawalan Insiden Utama.

-Bernama

Tags: Hong KongkebakaranPangsapuri
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd