• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi PH Untuk BN Atau GRS?

oleh Mohd Arshad
28/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Undi PH Untuk BN Atau GRS?
Share on FacebookShare on Twitter

Undi PH untuk BN atau GRS

Oleh Rohana Man

PECUTAN terakhir untuk memenangi hati pengundi semakin menghampiri garisan penamat tetap pukul 12 tengah malam ini. Hanya tinggal beberapa jam sebelum kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) melabuhkan tirainya.

Sejak semalam penganalisis politik melontarkan pandangan masing-masing, mengulas perjalanan PRN17 yang menyaksikan sebanyak 12 parti bertanding melibatkan 596 calon.

PRN kali ini agak membingungkan kerana jalinan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) boleh diumpamakan seperti cinta tiga segi.

Mana satu pilihan hati, membuatkan pengikut parti tersebut kebingungan.

Nampaknya PH sayang kedua-dua parti kerana kerjasama itu memberi keuntungan kepadanya.

Namun, tahukah PH bahawa percaturan politik seperti itu menyusahkan pengundi kamu.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa kerana calon dari kedua-dua parti tersebut menjalin hubungan intim dengan PH, sedangkan BN telah buat keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dengan GRS.

Apabila ini berlaku, penyokong PH tertekan dan sukar untuk membuat pilihan kerana jika pilih calon A, calon B pasti akan mengamuk dan mempertikaikan kerjasama yang telah dipersetujui dengan PH.

Khabar diterima dari kawasan barat daya Sabah yang menyatakan penyokong PH memilih calon GRS untuk diberi undi telah menimbulkan keresahan di kawasan DUN lain seluruh Sabah termasuk daerah Sook.

Kerusi DUN N.45 Sook menjadi rebutan dua pesaing terdekat iaitu Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup (BN) dan Datuk Ellron Angin (GRS).

Pertembungan kedua-dua calon terbabit membuatkan penyokong PH sukar membuat keputusan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan baru-baru ini meletakkan harapan agar penyokong PH lebih memilih calon BN berbanding calon GRS.

Bung Moktar berkata BN telah bantu PH di peringkat Persekutuan untuk menubuhkan kerajaan, maka sewajarnya pengundi PH memberi sokongan padu kepada calon BN di seluruh Sabah.

“Sebab kami UMNO-BN bantu PH di Persekutuan dengan 30 kerusi, berbanding GRS hanya enam kerusi,” katanya.

Penulis yang telah berkampung di Sook selama dua minggu mendapati risikan menunjukkan pengundi PH akan memberi sokongan kepada calon BN, Dato’ Sri Arthur.

Penyokong PH di Sook dilaporkan tidak akan mengikut jejak rakan seperjuangan di kawasan barat daya Sabah, sebaliknya membuat keputusan sendiri berdasarkan jalinan kerjasama di antara calon PH-PKR yang bertanding di DUN N.44 Tulid, Datin Rufinah Pengeran.

Rufinah dan Arthur saling bertukar video merayu undi supaya saling menyokong satu sama lain.

Selain itu, Ketua Wanita Cabang PKR Pensiangan, Florina William Lapindik memberitahu penulis, kira-kira 2,400 penyokong PH di Sook akan memberi undi kepada Arthur.

Malah program Arthur bersama penduduk yang diadakan di LS Waterfront baru-baru ini, turut dihadiri ramai penyokong PKR.

Ini petanda positif bahawa Arthur akan menerima sokongan padu daripada pengundi PH.

Walau apa pun telahan dibuat, keputusan rasmi siapa bakal menjadi wakil rakyat Sook akan dihebahkan malam esok.

Untuk semua pengundi Sook berjumlah 20,349 pemilih berdaftar, Selamat Mengundi dan jangan lupa bawa kad pengenalan. -MYNEWSHUB

Tags: PRN Sabah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd