• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerhati Dari ASEAN Akan Dihantar Di Bawah Perjanjian Damai Thailand-Kemboja – Trump

oleh Mohd Arshad
26/10/2025
dalam Terkini
0
Pemerhati Dari ASEAN Akan Dihantar Di Bawah Perjanjian Damai Thailand-Kemboja – Trump
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemerhati daripada negara ASEAN termasuk Malaysia akan dihantar di bawah perjanjian damai yang ditandatangani Kemboja dan Thailand hari ini, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“(Iaitu) untuk memastikan keamanan itu berterusan dan berkekalan dan saya tidak ragu-ragu bahawa ia akan berlaku,” katanya sebelum menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand di sini pada Ahad.

Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bersama-sama Trump, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian itu yang digelar sebagai “Perjanjian Damai Kuala Lumpur”, ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, yang bermula pada Ahad.

Selain itu, Trump berkata di bawah perjanjian damai itu, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua pertelingkahan dan berusaha untuk membina hubungan kejiranan yang baik antara satu sama lain.

“18 tawanan perang Kemboja (juga) akan dibebaskan,” katanya.

Perjanjian damai itu menandakan satu kejayaan dalam diplomasi serantau ASEAN mencerminkan komitmen blok itu terhadap pencegahan konflik, kestabilan dan kerjasama di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemamampanan”.

Thailand dan Kemboja telah lama bertelagah mengenai sempadan 817 kilometer mereka dengan ketegangan baru-baru ini memuncak menjadi konfrontasi tentera pada 24 Julai lepas.

Pada 28 Julai, Anwar menganjurkan mesyuarat penting di Putrajaya antara Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara.

Gencatan senjata itu dilihat sebagai pencapaian utama ASEAN yang mencegah peningkatan ketenteraan dan memastikan keselamatan ribuan orang awam.

-Bernama 

Tags: Donald TrumpPemerhatiPerjanjian Damai Kuala lumpur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang

10/01/2026
0

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang Terjemahan Kenyataan Trump Donald Trump: “Kami akan melakukan sesuatu terhadap Greenland...

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd