• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon SPRM Percepat Siasatan Libatkan Individu Bergelar Datuk Seri

oleh Mohd Arshad
09/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Mohon SPRM Percepat Siasatan Libatkan Individu Bergelar Datuk Seri
Share on FacebookShare on Twitter

Mohon SPRM Percepat Siasatan Libatkan Individu Bergelar Datuk Seri

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mempercepatkan siasatan dan pendakwaan ke atas seorang individu bergelar Datuk Wira yang dipercayai menjalankan skim pelaburan kewangan berskala besar yang didakwa menipu pelabur antarabangsa dan tempatan sehingga mencecah kerugian hampir RM1 bilion.

SPRM telah menahan reman individu berkenaan beberapa bulan lepas namun dipercayai masih belum melakukan sebarang pendakwaan secara rasmi di mahkamah.

Menurut jurucakap pelabur Malaysia, Shah Abdul Malek (gambar), para mangsa berharap SPRM dapat mempercepatkan sedikit usaha agar suspek menerima hukuman yang sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya memahami kes berkenaan agak rumit dan masih ramai suspek lain sedang disiasat, namun tindakan aktif perlu dilakukan segera.

“Saya amat hairan mengapa tiada tindakan segera diambil pihak-pihak berkenaan termasuk agensi kerajaan dan institusi yang terlibat.

” Tindakan pantas daripada mereka boleh menghentikan usaha suspek dan sindiketnya untuk menyembunyikan jenayah mereka dan melarikan diri daripada hukuman,” kata Shah pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama beberapa mangsa kes penipuan berkenaan.

Shah menjelaskan, beliau dan mangsa yang lain bimbang individu berkenaan bersama beberapa kuncunya mungkin masih melakukan aktiviti penipuan berkenaan.

“Kami percaya skim ini beroperasi dengan meniru model pelaburan sah, lengkap dengan dokumen yang kelihatan tulen dan kononnya diluluskan pihak berkuasa.

“Namun hasil semakan mendalam menunjukkan banyak unsur penipuan, pemalsuan dan salah guna kepercayaan,” katanya.

Kes ini mula terbongkar selepas Lee Rodger Meiklejohn, seorang usahawan British, membuat Laporan Jenayah Komersial di United Kingdom pada November 2023, mendakwa kerugian sekitar GBP10 juta (kira-kira RM60 juta) akibat skim pelaburan yang dijalankan oleh sekumpulan individu di Malaysia dan luar negara.

Meiklejohn menjadi mangsa antara Oktober 2010 hingga April 2011, dan selepas beberapa tahun, hasil audit dan semakan undang-undang mendapati wang pelabur disalurkan ke akaun dan syarikat perantara yang tidak mempunyai lesen pelaburan sah.

Shah menambah, berdasarkan laporan yang diterima sejak tahun lalu, dianggarkan lebih 300 pelabur tempatan turut terperangkap dalam skim sama, termasuk pelabur runcit, pesara dan beberapa institusi berkaitan kerajaan.

Katanya, nilai kerugian keseluruhan pelabur Malaysia dianggarkan melebihi RM300 juta, manakala jumlah keseluruhan antarabangsa mungkin hampir RM1 bilion.

“Ramai antara mereka mempercayai skim ini kerana ia menggunakan nama bank terkenal, insurans, serta dakwaan kononnya mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

“Namun selepas disemak, semuanya tidak benar,” jelas Shah.

Beliau menambah bahawa beberapa pelabur tampil menunjukkan dokumen yang mengandungi tanda tangan palsu, laporan kewangan rekaan serta surat kelulusan tiruan yang digunakan untuk menarik pelabur baharu.

Katanya, kemungkinan sebahagian dana pelaburan digunakan bagi membayar komisen dan habuan kepada pihak tertentu untuk memberi “kredibiliti” kepada skim tersebut.

Ada juga dakwaan bahawa nama beberapa individu berprofil tinggi digunakan untuk memperdaya mangsa tanpa pengetahuan mereka.

“Kami tidak menolak kemungkinan wujud elemen pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa dalam operasi ini.

“Justeru kami menuntut siasatan menyeluruh dan telus oleh pihak berkuasa,” ujar Shah.

Beliau berkata, bukti-bukti yang dikumpulkan termasuk transaksi bank, surat perjanjian, laporan audit dan komunikasi e-mel antara pelabur dan ejen, telah diserahkan kepada SPRM dan pihak penyiasatan antarabangsa.

Para mangsa kini katanya sedang bekerjasama dengan agensi penyiasat di Malaysia dan United Kingdom bagi menjejak semula aliran dana dan aset yang dipercayai telah dipindahkan ke luar negara.

Siasatan turut meneliti kemungkinan pelanggaran di bawah beberapa undang-undang utama termasuk:

Akta SPRM 2009,

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,

Akta Syarikat 2016, dan

Kanun Keseksaan.

“Kami tidak mahu hanya mendedahkan, tetapi mahu pemulihan dana dilakukan. Wang pelabur mesti dikembalikan dan keadilan ditegakkan,” kata Shah lagi.

Pada sidang media itu, Shah dan Meiklejohn menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa atau cepat, serta sentiasa menyemak status lesen pelaburan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat sebarang pembayaran.

“Ramai mangsa berasa yakin kerana melihat dokumen rasmi dan nama institusi besar digunakan, sedangkan semuanya palsu.

“Pengajaran di sini ialah – jangan sekali-kali melabur hanya kerana jaminan atas kertas,” kata Meiklejohn.

Kedua-dua pelabur itu menegaskan bahawa tujuan sidang akhbar hari ini bukan untuk menyerang mana-mana pihak, tetapi untuk menuntut keadilan dan mengembalikan hak mangsa yang telah kehilangan simpanan hidup.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil serius kes ini. Ia bukan sekadar soal kerugian wang, tetapi melibatkan kredibiliti institusi kewangan dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pelaburan negara,” ujar Shah.

Pada majlis yang sama, beliau menyeru mana-mana pelabur yang menjadi mangsa skim pelaburan tersebut tampil membuat laporan atau menghubungi Sekretariat MaPeR di talian 017-4477 675 atau e-mel ke [email protected] bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB

—

Sumber: Kenyataan rasmi oleh Shah Abdul Malek dan pelabur British, Lee Rodger Meiklejohn pada sidang media 8 Oktober 2025 di KL

Tags: SPRM
Share233Tweet146SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd