• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

oleh Mohd Arshad
26/10/2025
dalam Terkini
0
Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Satu pencapaian bersejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Ia sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama strategik dan pelbagai dimensi yang semakin berkembang antara Putrajaya dan Washington.

“Kerjasama dipertingkatkan ini merupakan kemajuan baharu dalam hubungan antara kedua-dua negara, dibina berteraskan asas hubungan diplomatik yang terjalin sejak 1957 dan dimuktamadkan sebagai Perkongsian Komprehensif pada 2014.

“CSP menjadi bukti kepada kerjasama kukuh yang berterusan dalam pelbagai bidang strategik, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, teknologi maju, pertahanan dan keselamatan, keselamatan tenaga, keamanan dan kestabilan serantau serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” menurut Wisma Putra selepas mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.

CSP akan terus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi penting dan dipercayai di rantau Asia Pasifik.

AS antara rakan dagang terbesar Malaysia dan pelabur terbesar secara keseluruhan. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai RM324.91 bilion (AS$71.39 bilion) pada 2024.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin menyifatkan pertemuan sulung semasa lawatan rasmi Presiden AS ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 ini, sebagai satu detik bersejarah.

Lawatan rasmi Trump ke Malaysia adalah bersempena sidang kemuncak tersebut. Malaysia merupakan destinasi pertama Trump dalam lawatan ke tiga negara di Asia, turut merangkumi Korea Selatan dan Jepun.

-Berita Harian

Tags: Malaysia-ASWisma Putra
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23/09/2024
0

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd