KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dibunuh pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal menunjukkan terdapat beberapa tikaman di badan mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran tandas perempuan.
“(Setakat siasatan yang sudah dibuat) saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
“Tetapi siasatan lanjut kita akan jalankan jika timbul perkara lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, mayat pelajar Tingkatan Empat itu sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.
Katanya, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihaknya.
Berita lanjut menyusul
BHonline-
