• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ismail Sabri: SPRM Tunggu Keputusan AGC

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Isu Ismail Sabri: SPRM Tunggu Keputusan AGC
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) sama ada perlu meneruskan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan pertuduhan adalah tertakluk kepada jabatan itu.

“Saya hanya menunggu daripada peguam negara sama ada kes itu perlu diteruskan untuk menuduh atau tidak.

“Itu sahaja terpulang kepada beliau (peguam negara) tetapi bagi pemulihan aset, kita (SPRM) sudah jalankan tugas dan aset berkenaan berjaya dipulihkan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 di Puspanita Puri, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan wang tunai melebihi RM169 juta yang didakwa milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, secara rasmi dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Jumlah itu membabitkan pelbagai mata wang iaitu RM14,772,150; SG$6,132,350; AS$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.

Hakim Suzana Hussin membuat perintah supaya wang tunai berkenaan diserahkan kepada kerajaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, berikutan tiada pihak ketiga berkepentingan hadir bagi mencabar prosiding melucut hak harta itu.

Pada prosiding 8 September lalu, mahkamah diberitahu, Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus yang dinamakan sebagai responden, tidak berhasrat mencabar permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang tunai yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehubungan itu, Suzana memutuskan oleh kerana kedua-dua responden tiada bantahan dan tiada sebarang tuntutan dibuat pihak ketiga (hari ini), mahkamah membenarkan wang terbabit dilucut hak kepada kerajaan mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM.

Pada 25 Jun lalu, akhbar melaporkan kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam ‘safehouse’ yang didakwa berkaitan dengan Ismail Sabri bakal dilucutkan hak.

-Harian Metro

Tags: AGCIsu Ismail SabriSPRM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd