• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan

oleh Mohd Arshad
18/10/2025
dalam Terkini
0
Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan membuka kertas siasatan membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya wujud unsur mencurigakan membabitkan beberapa dokumen berhubung tujuh pemain warisan.

Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata buat masa ini pihaknya belum memulakan sebarang siasatan kerana perkara berkenaan masih dikategorikan sebagai isu teknikal.

Beliau berkata, isu terbabit adalah antara FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) termasuk membabitkan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman seperti diumumkan semalam.

“SPRM sudah mendapat penjelasan daripada FAM dan mendapati ia berkait dengan isu mengemukakan dokumen kepada FIFA. Namun jika selepas proses rayuan nanti timbul sebarang unsur mencurigakan, SPRM akan meneliti semula perkara itu.

“Buat masa ini SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada FIFA untuk mempertimbangkan rayuan dikemukakan oleh FAM berhubung keputusan tersebut.

“Kita tunggu dahulu keputusan rayuan itu dan buat masa ini, SPRM tidak akan campur tangan selagi ia kekal dalam ruang urusan teknikal antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan dan Penganugerahan Sijil Kadet Integriti Muda Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Azam berkata SPRM turut mengambil kira pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan status tujuh pemain skuad Harimau Malaya yang menjadi punca kepada kekeliruan dan tindakan sementara FIFA ke atas FAM.

Media sebelum ini melaporkan, FIFA mengambil tindakan terhadap FAM dan tujuh pemain warisannya selepas beberapa dokumen dikatakan menimbulkan kekeliruan sehingga mendorong badan induk bola sepak dunia itu meminta penjelasan lanjut mengenai kesahihan status pemain berkenaan.

FIFA turut mendedahkan butiran penuh keputusan selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

BHonline-

Tags: FAMFIFASPRM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd