KUALA LUMPUR, 13 Oktober – HOYA Malaysia memperkenalkan Sensity Colours, koleksi terbaharu dalam siri kanta fotokromik Sensity yang menggabungkan fungsi pintar dan gaya moden.
Reka bentuk ini menyesuaikan diri dengan perubahan cahaya, menjadikannya sesuai untuk cuaca tropika Malaysia serta gaya hidup aktif.
Koleksi ini hadir dengan enam pilihan warna menarik — Lovely Pink, Green Zen, Aqua Blue, Orange Splash, Energizing Orange, dan Dynamic Yellow — yang bukan sahaja mencerminkan gaya individu, tetapi juga memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV dan silau.
Menurut Pengarah Urusan Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd., Lew Chee Quin, Sensity Colours menawarkan gabungan fesyen, fungsi dan perlindungan mata melalui teknologi fotokromik canggih.
Ia mampu menyesuaikan tona warna mengikut cahaya, memberikan keselesaan optimum dalam pelbagai keadaan.
Sensity Colours turut menawarkan tiga pilihan lapisan premium — Hi-Vision SUN Pro, Light Mirror Copper, dan Light Mirror Blue — untuk kesan pantulan sofistikasi serta daya tahan tinggi terhadap calar.
Ketua Global Pengurusan Kategori HOYA Vision Care, Silvano Larcher, menegaskan bahawa koleksi ini mengisi ruang antara fesyen dan perlindungan mata, dengan kawalan cahaya biru modular serta perlindungan UV bagi mengurangkan risiko masalah seperti katarak.
Sensity Colours akan mula dijual di Malaysia bermula 15 Oktober 2025. Maklumat lanjut boleh didapati di sensitylenses.com/my atau hoyavision.com/my.
