• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Flotilla Dijangka Masuki Zon Merah 9 Malam Ini, Keselamatan Dipantau Rapi

oleh Mohd Arshad
01/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Dari Sudut Sejarah – Israel Hampir Pasti Akan Menyerang Global Sumud Flotilla
Share on FacebookShare on Twitter

Flotilla Dijangka Masuki Zon Merah 9 Malam Ini, Keselamatan Dipantau Rapi

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Flotilla kemanusiaan menuju Gaza dijangka memasuki Zon Merah 3, iaitu 100 batu nautika dari Gaza, pada jam 9.00 malam waktu Malaysia ini, menurut laporan rasmi Sumud Nusantara Command Center (SNCC).

SNCC dalam kenyataan pada jam 4 petang hari ke-31 misi itu berkata, siaran langsung melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari atas kapal kini telah dimulakan di laman rasmi www.sumudnusantara.com bagi membolehkan masyarakat dunia menyaksikan perjalanan flotilla ini, selain berfungsi sebagai bukti sekiranya berlaku sebarang insiden.

BACA : https://www.mynewshub.tv/2025/10/global-sumud-flotilla/

Cubaan Intimidasi & Kehadiran Dron

SNCC turut mengesahkan flotilla berdepan cubaan intimidasi daripada kapal tentera rejim yang dipercayai mengelilingi dua kapal, Alma dan Sirius, pada awal pagi tadi. Kapal tersebut dilaporkan cuba mengganggu sistem komunikasi, termasuk siaran CCTV.

 

Selain itu, terdapat kira-kira 10 dron yang dikesan berlegar dalam formasi mencurigakan berhampiran flotilla. Namun, tiada pintasan fizikal berlaku setakat ini dan semua delegasi dilaporkan selamat serta kekal berwaspada.

Jumlah Delegasi & Penstrukturan Peranan

Jumlah terkini delegasi Malaysia yang meneruskan pelayaran ke Gaza adalah seramai 23 orang. Perubahan ini berlaku selepas empat kapal mengalami kerosakan teruk dan terpaksa digugurkan daripada misi.

Sebahagian anggota pasukan dihantar ke Amman, Jordan untuk membantu kumpulan perundangan, manakala enam lagi diterbangkan ke Greece bagi menyambung tugasan di pusat operasi SNCC.

Seruan Kepada Rakyat Malaysia

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby menyeru rakyat Malaysia agar terus bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk menyokong serta mendoakan keselamatan flotilla ini.

“Misi ini membawa suara kemanusiaan negara dan dunia untuk menghentikan perang serta kebuluran,” katanya.— Mynewshub

#mynewshub

Tags: Global Sumud Flotilla
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan Slovakia

Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan Slovakia

06/10/2025
0

Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan Slovakia Oleh Mynewshub | 6 Oktober 2025 TEL...

Misi GSF Ke Gaza: Mohamad Dedah Bagaimana Aktivis, Sukarelawan Malaysia Dapat Segera Bebas, Keluar Dari Israel

Misi GSF Ke Gaza: Mohamad Dedah Bagaimana Aktivis, Sukarelawan Malaysia Dapat Segera Bebas, Keluar Dari Israel

05/10/2025
0

SEREMBAN: Semua 23 aktivis dan sukarelawan dari Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, lebih awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd