• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

oleh Mohd Arshad
21/10/2025
dalam Terkini
0
Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah memulangkan semula dana berjumlah AS$620 juta yang tidak digunakan daripada sumbangan diterimanya kepada akaun asal, selepas mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan lisannya sebelum hujahan pihak pembelaan, Najib berkata, dana berkenaan, yang menjadi tumpuan meluas media, telah digunakan bagi tujuan politik dan kebajikan sosial, dan beliau tidak mempunyai sebarang akaun pesisir luar.

“Perkara yang mengejutkan ialah saya sebenarnya telah memulangkan AS$620 juta kepada akaun asal, kerana dana itu tidak digunakan sepenuhnya. Sebelum memulangkan sumbangan yang tidak digunakan itu, saya telah menulis surat kepada Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi mendapatkan kelulusan Bank Negara,” katanya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib menyatakan bahawa beberapa individu yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman, bekas pembantunya Datuk Amhari Effendi Nazaruddin serta bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, telah melakukan urus niaga meragukan melibatkan ratusan juta dolar Amerika tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Beliau mendakwa, walaupun mereka itu terlibat dalam salah laku tersebut, individu-individu berkenaan tetap dilayan sebagai saksi yang dipercayai oleh pihak pendakwaan, manakala beliau sahaja yang didakwa di mahkamah.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan telah menyediakan tujuh jilid hujahan bertulis bagi kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu, yang akan dikemukakan sepanjang tempoh sembilan hari.

Pada 6 Mei, pihak pembelaan dalam kes Najib yang melibatkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion, menutup kes mereka selepas memanggil 26 orang saksi, dan mahkamah menetapkan sembilan hari bermula hari ini untuk mendengar hujahan lisan.

Najib, 72, berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda sehingga RM5 juta, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan dalam perbicaraan jenayah berasingan melibatkan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon Pengampunan Diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada pengurangan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, serta pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Perbicaraan bersambung esok.

-Bernama 

Tags: 1MDBBNMDatuk Seri Najib Tun Razak
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd