• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Peserta GSF Dipindah Ke Penjara Belum Dapat Disahkan

oleh Mohd Arshad
03/10/2025
dalam Terkini
0
Dakwaan Peserta GSF Dipindah Ke Penjara Belum Dapat Disahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjelaskan bahawa laporan yang mendakwa peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dipindahkan ke penjara, belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby bagaimanapun berkata, peguam The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) yang dilantik GSF sudah diberi laluan menjadi wakil dalam proses soal siasat dan pengusiran (deport).

“Ada pihak yang mendakwa bahawa mereka (peserta GSF) dipindahkan ke satu penjara dan disoal siasat untuk dihantar pulang.

“Itu kita tidak dapat sahkan adakah keseluruhannya kerana jumlah peserta (yang ditahan Israel) adalah 495 (orang). Pastinya mengambil sedikit masa untuk kita sahkan.

“Cuma kita boleh maklumkan, kesemua aktivis Malaysia ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat oleh pihak peguam kita yang menjadi wakil rasmi di sana,” katanya pada sidang media harian di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Central Warehouse, di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 23 rakyat Malaysia yang ditahan di Israel ketika menyertai misi GSF masih dalam proses undang-undang negara itu di pelabuhan Ashdod.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang bersama empat lagi peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dilaporkan berkata, pihaknya kini berhubung rapat dengan peguam ADALAH bagi menguruskan isu perundangan di sana serta bekerjasama rapat dengan pihak kedutaan Malaysia di Jordan bagi memastikan urusan membantu delegasi berjalan lancar.

-Harian Metro

Tags: GSFPenjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd