• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Jenayah
0
2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak
Share on FacebookShare on Twitter

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga asing hingga melahirkan anak.

Serbuan dilakukan pada 10 pagi semalam di sebuah rumah, di sini, yang ketika itu didiami wanita berusia 30-an bersama pasangannya dari negara jiran yang bekerja sebagai tukang rumah.

Menurut JAINJ, ketika serbuan dilakukan didapati seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dalam keadaan berkain pelikat tanpa baju, manakala terdapat seorang wanita hanya berkemban dengan kain batik.

Katanya, ketika serbuan itu, lelaki terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya dikejar penguat kuasa

“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu tinggal di rumah terbabit sejak dua tahun lalu.

“Siasatan lanjut juga mendapati wanita berkenaan ada melahirkan seorang anak di sebuah hospital yang kini berusia tiga bulan dan mempunyai sijil lahir,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasangan itu mendakwa mereka sudah bernikah di negara jiran namun mereka gagal mengemukakan surat pernikahannya.

“Gambar yang ditunjukkan sambil memakai baju raya meragukan dan ia bukan gambar ketika mereka akad nikah.

“Pasangan itu juga tidak dapat mengingati tarikh pernikahan mereka.

“Selain itu, penguat kuasa juga meminta wanita itu menunjukkan pasport ke negara jiran namun dia memberitahu memasukinya secara gelap.

“Justeru, pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

“Hukumannya adalah denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau sebatan ataupun ketiga-tiga hukuman terbabit, jika didapati bersalah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BersekedudukanTukang Rumahwarga asing
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan

Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan

10/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 pusat hiburan dipercayai dikendalikan warga asing di Selangor dan Kuala Lumpur diserbu dalam Op Mega Pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd