• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Qairina Menangis Dipanggil Pelajar Senior – Saksi Ke-10

oleh Mohd Arshad
23/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Zara Qairina Menangis Dipanggil Pelajar Senior – Saksi Ke-10
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Saksi ke-10 inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu mahkamah, pelajar Tingkatan Satu itu pernah dipanggil pelajar senior dan dilihat menangis di asrama selepas kejadian.

Peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, berkata pelajar terbabit dijangka menyambung keterangannya esok.

Shahlan yang mengulas prosiding hari ke-12 inkues berkata saksi ke-10 itu juga adalah saksi kanak-kanak yang keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau turut mengesahkan beberapa pakar tulisan tangan bebas akan hadir ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu esok.

Beliau berkata, pakar tulisan tangan berkenaan sudah selesai menjalankan analisis mereka.

“(Peguam kami) Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pagi esok,” katanya kepada New Straits Times.

Minggu lalu, Shahlan memaklumkan pakar berkenaan ditugaskan untuk mengesahkan ketulenan bahan bertulis yang dikemukakan, termasuk buku nota, dokumen peribadi serta sebuah diari, sebagai sebahagian daripada prosiding inkues kematian remaja perempuan berusia 13 tahun itu.

Pengesahan itu dianggap penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan Zara Qairina dilakukan berdasarkan dokumen yang sahih.

Pada hari ketiga inkues sebelum ini, pakar pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah, dipanggil sebagai saksi dan memeriksa 21 bahan bukti termasuk helaian kertas yang koyak, buku nota, buku teks sekolah serta buku latihan.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah tulisan tangan yang dipertikaikan dalam bahan bukti itu mempunyai persamaan dengan tulisan dalam dua buku teks sekolah dan satu buku latihan milik Zara Qairina.

Bagaimanapun, sebuah buku berkenaan yang dikenali sebagai ‘W3’ didapati ditulis bersama oleh Zara Qairina dan seorang rakannya. Muka surat pertama buku itu mengandungi nama dan tulisan kedua-dua pelajar, menunjukkan bahawa mereka berkongsi pemilikan buku itu.

Sementara itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang pelaku kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina, memaklumkan anak guamnya, yang juga saksi kanak-kanak pertama dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang tadi selepas memberikan keterangan selama dua hari.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu di sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha, dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

BHonline-

Tags: Kes Zara Qairina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Zara Qairina Tidak Pernah Mengadu Sebarang Tekanan” – Rakan Sekelas

“Zara Qairina Tidak Pernah Mengadu Sebarang Tekanan” – Rakan Sekelas

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Saksi yang juga rakan sekelas Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, arwah seorang pelajar yang...

Pelajar A Cuti Sakit Lebih 2 Minggu; Buat Tanda ‘Peace’ Dalam Gambar Diambil Selepas Insiden Zara Qairina – Ketua Warden

Pelajar A Cuti Sakit Lebih 2 Minggu; Buat Tanda ‘Peace’ Dalam Gambar Diambil Selepas Insiden Zara Qairina – Ketua Warden

19/09/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, mengambil cuti sakit lebih dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd