• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

oleh Mohd Arshad
28/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau
Share on FacebookShare on Twitter

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau

TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi berasingan semalam dengan rampasan dadah jenis syabu seberat 16.74 gram bernilai lebih RM1,000.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) di dua lokasi berbeza sekitar Tawau.

> “Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Ladang Kelapa Sawit Sin Onn Tiku, Jalan Apas kira-kira jam 12.45 tengah malam, seorang lelaki berusia 38 tahun diberkas bersama 5.83 gram syabu.

“Tidak lama selepas itu, jam 1.30 pagi, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun turut ditahan di lokasi sama dengan rampasan 5.73 gram syabu.

“Manakala dalam operasi berasingan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah pekerja Empangan Cinta Mata, Jalan Gudang Empat, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan bersama 5.18 gram syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif Amphetamine/Methamphetamine.

ACP Jasmin berkata, meskipun mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit dengan aktiviti dadah.

Kesemua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Beliau turut menegaskan Polis Tawau komited memastikan kawasan perladangan tidak dijadikan lokasi pengedaran atau penagihan dadah.

> “Saya menyeru masyarakat untuk tampil menyalurkan maklumat jika mengetahui sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan jenayah dan dadah di kawasan masing-masing,” katanya.- MYNEWSHUB

Kredit ➡️ IPD Tawau

Tags: Syabu
Share217Tweet136SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd