• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan

oleh Mohd Arshad
21/09/2025
dalam Terkini
0
Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG: Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Justeru, katanya orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya berdepan kesukaran apabila ingin membeli petrol bersubsidi akibat MyKad yang rosak kerana mereka boleh memilih pelbagai mekanisme disediakan untuk mendapatkan subsidi itu.

Beliau berkata antaranya melalui aplikasi yang telah disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan orang ramai menikmati subsidi itu dengan lebih mudah dan cepat.

“Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu. Jadi, jangan khuatir, jangan anggap bahawa MyKad (fizikal) hanya satu-satunya kaedah.

“Walaupun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada dalam MyKad, pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah yang diadakan selama sehari di sini dan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta dihadiri lebih 1,000 mahasiswa dari seluruh negeri.

Armizan menegaskan bahawa kerajaan memastikan persiapan yang teliti telah dilakukan sejak awal tahun demi kelancaran pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Kita akan memastikan langkah ini berjalan dengan lancar dan tidak akan membebankan rakyat, apatah lagi menyebabkan ada tuduhan bahawa rakyat akan terpaksa beratur panjang nanti,” katanya.

Bernama-

Tags: Datuk Armizan Mohd AliRON95subsidi bersasar petrol
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter – MOF

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter – MOF

17/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter...

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd